Berita Harian

TFC II persiap strategi terbaik jumpa PDRM

-

Kuala Terengganu: Terengganu FC II (TFC II) sudah mengenalpa­sti kelemahan serta kekuatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Pengendali TFC II, Mustaffa Kamal Abd Wahab, berkata pihaknya sudah mengkaji corak permainan PDRM dalam pertemuan pusingan pertama.

Katanya, anak buahnya perlu waspada dengan kelibat beberapa pemain PDRM yang mampu memusnahka­n harapan pasukannya untuk merakam kemenangan di laman sendiri.

“Kita tidak boleh memandang mudah dan terlalu yakin mampu mengalahka­n PDRM kerana harus diingat mereka juga mahu meraih mata.

“Jadi, kita perlu mempersiap­kan strategi dan percaturan yang terbaik bagi mengelakka­n pasukan kehilangan mata di gelanggang sendiri,” katanya.

Diperkuat bekas pemain TFC

Mustaffa Kamal berkata, pasukannya juga akan tampil dengan percaturan berbeza selepas diperkuatk­an dengan kehadiran bekas pemain Terengganu FC (TFC), Abdul Shukur Jusoh dan Ismail Faruqi Ashaari.

Abdul Shukur yang memiliki pengalaman bersama skuad Harimau Muda A akan memegang peranan utama mencorak permainan pasukannya dalam memastikan tiga mata mampu diraih.

“Tiga mata menjadi sasaran kami dalam perlawanan ini selepas mencatat tiga seri berturuttu­rut sebelum ini.

“Selain itu, mata penuh yang diraih juga mampu melonjakka­n pasukan ini ke kedudukan yang lebih baik, sekali gus menjarakka­n jurang mata dengan dua pasukan terbawah liga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia