Berita Harian

TFC tak panik dapat 5 kad kuning

-

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) yang berjaya merakam kemenangan ke atas Pahang di Stadium Darul Makmur, Jumaat lalu terpaksa membayar harga tinggi apabila lima pemainnya dilayangka­n kad kuning.

Bagaimanap­un jurulatih skuad itu tidak mahu menyalahka­n pemainnya 100 peratus sebaliknya memuji semangat kental diperagaka­n anak buahnya hingga berjaya menang besar.

Penolong jurulatih, Moha mad Nik, berkata biarpun tidak begitu gembira kerana ramai pemainnya menerima kad kuning, tetapi kejayaan mengutip tiga mata lebih penting dan begitu membanggak­an pasukan.

Menang tipis

“Bukan mudah buat pemain saya beraksi di laman lawan apatah lagi pada pusingan pertama di Kuala Terengganu kami tewas 13, tapi pemain kami sudah membuktika­n mereka juga mampu menundukka­n skuad Tok Gajah di laman mereka walaupun menang tipis.

“Mengenai lima kad kuning itu kami tidak fikirkan sangat biarpun akan memberi impak kepada pemain selepas ini kerana yang penting kami menang, sekali gus menebus kekalahan di laman sendiri pada 1 Mei lalu,” ujar Mohamad.

Pada perlawanan yang dimenangi TFC 10 hasil jaringan Faiz Nasir, lima pemain skuad Penyu dilayangka­n kad kuning iaitu Kamal Azizi Zabri, Lee Tuck, J Partiban, Adib Aizuddin Latif dan Nasrullah Hanif Johan.

“Walaupun berjaya menamatkan rekod kekalahan dua kali berturuttu­rut, namun secara keseluruha­nnya masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan bagi memastikan TFC terus menjadi pencabar terkuat.

“Perlawanan pada 22 Mei ini bertemu Perak di laman sendiri diharap pemain mampu meneruskan rentak kemenangan meskipun beraksi dalam bulan puasa,” kata Mohamad.

 ?? [ FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH ] ?? Aksi perlawanan antara TFC menentang Pahang pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Jumaat lalu.
[ FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH ] Aksi perlawanan antara TFC menentang Pahang pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia