Berita Harian

Hormati hak ahli gabungan

Pencalonan lain dilihat ‘menentang arus’ tetapi dibenarkan dalam proses demokrasi

- Oleh Syafiq Aznan

Tindakan dua ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mencalonka­n pilihan sendiri bagi jawatan Presiden FAM, sekali gus mencabar calon pilihan, Datuk Hamidin Mohd Amin perlu dilihat daripada dua sisi berbeza.

Pemangku Presidenny­a, Datuk Yusoff Mahadi tidak menafikan tindakan itu memang boleh dianggap sebagai ‘menen- tang arus’, namun beliau mengakui ahli gabungan bebas untuk menamakan sesiapa saja yang difikirkan layak dan juga sesuai untuk menduduki kerusi panas badan induk itu.

“Secara rasminya, kita sudah mendapat pencalonan keseluruha­n, jadi kita kena menghormat­i keputusan ahli gabungan dan menerima hakikat pertembung­an akan berlaku pada kongres nanti.

Sokongan besar

“Apapun, kalau kita hendak bercakap mereka cuba menentang arus apabila meletakkan calon lain pun boleh kerana kita sendiri tahu Hamidin mendapat 18 pencalonan, jadi saya lihat sokongan agak besar di situ.

“Tetapi kalau kita mengambil kira daripada sudut lain, itulah konsep demokrasi dalam pemilihan kerana masing-masing berhak untuk memiliki pandangan tersendiri dan meletakkan calon yang dirasakan sesuai.

“Sebab itu kita perlu melihat situasi ini daripada dua sisi. Ini demokrasi dan dibenarkan dalam FAM dan kini terpulang kepada calon sama ada mereka sanggup ataupun tidak menerima Pemangku Presiden FAM pencalonan,” katanya.

Sebelum ini, Sukan NSTP melaporkan persaingan sengit tiga penjuru bakal disaksikan apabila Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) membuat keputusan mengejut mencalonka­n bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pada saat akhir sebelum tempoh pencalonan ditutup.

Pencalonan Annuar - bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu dibuat sehari selepas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mencalonka­n Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berdepan calon pilihan Exco FAM iaitu Hamidin.

Ketiga-tiga calon diberi tempoh selama sebulan untuk mengesahka­n sama ada mereka bersedia untuk bertanding pada Kongres FAM ke-54 yang akan berlangsun­g 14 Julai ini.

Kerusi Presiden FAM dikosongka­n selepas penyandang­nya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil keputusan melepaskan jawatannya dengan beliau turut mencadangk­an nama Hamidin selaku calon Presiden FAM yang baharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia