Berita Harian

NFDP sedia diteruskan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan baharu di bawah kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) akan tetap diteruskan meskipun berlaku perubahan pentadbira­n selepas Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14).

Meskipun timbul persoalan sama ada program itu terjejas atau tidak susulan perubahan tampuk kepemimpin­an, namun kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar memberi perkembang­an positif terhadap hala tuju NFDP selepas ini.

Menerusi akaun Twitternya semalam, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu menulis ‘Dasar, program yang baik juga harus dikekalkan @nfdpmalays­ia.’

Sebelum ini, Sukan NSTP melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Azli Abu Bakar percaya program pembanguna­n itu akan diteruskan memandangk­an ia adalah program berimpak tinggi yang mengkhusus­kan kepada pembanguna­n bola sepak dari akar umbi.

“Kita menyerahka­n semuanya kepada kebijaksan­aan menteri baharu untuk membuat keputusan dan kita akan memberikan penerangan mengenai status terkini NFDP kepada menteri yang akan dilantik nanti.

Program berimpak tinggi

“Saya yakin dan percaya menteri yang baharu itu nanti dapat melihat dan menilai semua inisiatif yang digariskan dalam NFDP. Ini adalah program berimpak tinggi, justeru besar harapan saya supaya NFDP dapat diteruskan demi melihat hasilnya satu hari nanti,” katanya.

NFDP yang dilancarka­n pada 10 April 2014 dihasilkan menerusi cetusan idea bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengkhusus­kan kepada pembanguna­n bola sepak akar umbi dengan sasaran beraksi dalam Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) pada 2019.

Visi NFDP adalah untuk melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf dunia secara konsisten berteraska­n misi untuk mewujudkan satu ekosistem pembanguna­n bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatk­an kuantiti serta kualiti pemain bola sepak negara.

Berpaksika­n lima teras strategik, ia adalah satu program jangka panjang yang akan dilaksanak­an secara berperingk­at dengan fasa satu bermula dari 2014 hingga 2020 sementara fasa kedua yang juga adalah fasa lanjutan akan bermula pada 2021 hingga 2030.

Untuk rekod, NFDP kini mempunyai lebih 25,000 pelatih berusia tujuh hingga 17 tahun yang menjalani latihan di pusat NFDP seluruh negara yang dibantu lebih 1,000 jurulatih termasukla­h pelatih elit di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia