Berita Harian

Gol kedua JDT terlalu mudah

Nazliazmi akur benteng Selangor sedikit leka

- Oleh Syafiq Aznan

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) disifatkan bernasib baik selepas berjaya mencuri satu mata susulan terikat 2-2 menentang Selangor dalam aksi Liga Super, malam kelmarin.

Jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir mengakui jaringan penyamaan yang diperoleh skuad Harimau Selatan itu sebagai terlalu mudah sekaligus menafikan hasrat mereka untuk mencipta kejutan ke atas pelawat apabila mendahului 2-1 selepas tamat babak pertama.

“Syukur kerana tidak tewas dan tercicir mata, sekurang-kurangnya memperoleh satu mata. Kami hampir memenangi perlawanan tapi masih lagi faktor kelekaan di barisan pertahanan.

“Gol penyamaan JDT pada babak kedua itu terlalu mudah. Pertahanan kami tidak memberi cukup tekanan kepada Gonzalo Cabrera untuk memberi ruang kepadanya membuat hantaran cantik.

“Kombinasi Willian Pacheco dan Alfonso De La Cruz juga tidak begitu baik dalam menangani hantaran Cabrera dan membenarka­n Harry Novillo melakukan tandukan tepat ke pintu gol,” kata Nazliazmi.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu, Selangor bangkit daripada ketinggala­n seawal minit kedua apabila meledak dua gol pantas dalam tempoh tiga minit menerusi Saiful Ridzuwan Selamat dan Rufino Segovia namun tandukan Novillo pada babak kedua menyaksika­n kedudukan berakhir 2-2.

Sekat rentak

Bagaimanap­un, Nazliazmi menjelaska­n pemainnya tetap memperagak­an peningkata­n positif selepas mengambil kira mereka berjaya menyekat rentak kemenangan enam perlawanan yang dilakar JDT.

“Secara keseluruha­n persembaha­n ini, ada peningkata­n positif dalam pasukan. Pemain menunjukka­n kesungguha­n, usaha, fokus dan kerjasama sepasukan yang baik.

“Kami sentiasa mahukan yang terbaik untuk pasukan dan Selangor perlu lebih bersedia menghadapi baki saingan kerana jika anda lihat, cabaran dalam setiap perlawanan liga musim ini cukup sengit.

“Cuma saya harap akan ada penambahba­ikan lagi dalam pasukan jika kami melakukan pertukaran import atau pemain tempatan pada jendela perpindaha­n kedua ini,” katanya.

 ??  ?? Pemain JDT, Novillo Harry Christophe­r (kiri) diasak dua pemain Selangor ketika aksi Super Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, kelmarin.
Pemain JDT, Novillo Harry Christophe­r (kiri) diasak dua pemain Selangor ketika aksi Super Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia