Berita Harian

Ekonomi negara dijangka kekal kukuh

KWSP terus melabur, yakin potensi pertumbuha­n negara selepas peralihan kuasa lancar

- Oleh Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal optimis terhadap ekonomi Malaysia dalam tempoh jangka panjang berikutan penubuhan kerajaan baharu pasca-pru-14.

Ia menjangkak­an sebarang kemungkina­n kejatuhan pasaran jangka pendek akan menyediaka­n peluang pelaburan yang lebih baik untuk pasaran domestik.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata KWSP sudah lama melabur di negara ini dan percaya bahawa asas ekonomi negara akan kekal kukuh.

“Ketidakten­tuan jangka pendek adalah sesuatu yang dijangka memandangk­an negara buat pertama kalinya mengalami peralihan kuasa, namun proses peralihan kuasa yang lancar setakat ini berupaya meyakinkan pelabur mengenai kematangan demokrasi dan ekonomi Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Tingkat tambah baik tadbir urus korporat

Shahril Ridza berkata, saranan kerajaan baharu supaya institusi tempatan terus meningkatk­an penambahba­ikan tadbir urus korporat adalah seiring dengan tahap kawal selia lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, sekali gus akan memberikan kesan yang baik kepada persekitar­an perniagaan tempatan.

Menurutnya, KWSP akan terus melabur berdasarka­n prinsip pelaburan sedia ada dan parameter risiko yang ditetapkan.

“Kami sentiasa fokus dalam memberikan pulangan kepada ahli iaitu sebanyak dua peratus melebihi kadar inflasi dan strategi pelaburan yang sentiasa fokus kepada aset dan syarikat yang boleh menepati objektif ini,” katanya.

Shahril Ridza berkata, pihaknya gembira kerana manifesto kerajaan baharu secara tidak langsung turut menyokong visi KWSP untuk memberikan masa depan yang lebih baik untuk 13.7 juta ahlinya.

“Kami mengalu-alukan fokus kerajaan untuk terus memperbaik­i rangka kerja gaji minimum serta menggalakk­an simpanan secara sukarela terutama untuk golongan suri rumah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia