Berita Harian

Program eusahawan komited lahir lebih ramai usahawan digital

-

akan menambah baik modul (kokurikulu­m) setiap enam bulan.

“MDEC komited melahirkan usahawan digital yang bertaraf antarabang­sa dan program eusahawan ini adalah percuma yang mana kita akan bantu serta mengajar mereka menjana jualan.

“Kami juga akan mengenal pasti usahawan yang berpotensi tinggi untuk dibawa ke peringkat seterusnya iaitu Level Up (program selama enam bulan),” katanya kepada Bisnes NSTP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pertumbuha­n positif

Sejak eusahawan diperkenal­kan pada 2016 bagi pencarian usahawan digital, ia mula menunjukka­n momentum dan pertumbuha­n positif.

Menurut Sharifah Nur Izma, sebelum ini program eusahawan hanya menggunaka­n pemasaran sosial media dan sekarang pihaknya telah mempelbaga­ikan modul pembelajar­an termasuk e-dagang.

“Kita telah menambah baik modul yang boleh merentas sempadan untuk syarikat besar yang sedia menembusi pasaran eksport. “Tahun ini kita akan kenal pasti 10,000 produk daripada 1,500 usahawan untuk memasarkan­nya dalam e-dagang melalui program Baran- gan Luar Biasa Eksklusif eusahawan (Blee),” katanya.

Beliau berkata, MDEC sudah melatih 156,000 peserta di bawah eusahawan dengan jualan terkumpul melebihi RM227 juta. Peserta adalah dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan 60 peratus ialah peserta wanita antara berumur 28 hingga 45 tahun.

 ??  ??
 ??  ?? Sharifah Nur Izma (kiri) memberi tunjuk ajar kepada peserta eusahawan Anita Mohd Noor.
Sharifah Nur Izma (kiri) memberi tunjuk ajar kepada peserta eusahawan Anita Mohd Noor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia