Berita Harian

IWK sasar kutipan bil 95 peratus tahun ini

-

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menyasarka­n untuk menambah baik kutipan pembayaran bil pembetunga­n kepada 95 peratus tahun ini berbanding 88.7 peratus sehingga 31 Disember 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman, berkata dalam usaha mencapai sasaran berkenaan, syarikat akan melaksanak­an beberapa inisiatif yang tidak digerakkan sejak 2016, termasuk sistem bil bersama, untuk menambah baik kutipan bil pembetunga­n di seluruh negara.

“Antara perkara yang kerajaan ingin kami meneliti semula adalah menggabung­kan bil air dan pembetunga­n atau bil bersama, kerana tidak ada guna untuk mengkaji semula tarif apabila kutipan bil tidak berubah.

“Sejak kami melaksanak­an bil bersama di Labuan pada 2016, kutipan bil pembetunga­n kami bertambah baik kepada 88.7 peratus dari 60 peratus sebelum ini,” katanya kepada Bisnes NSTP pada Trenchless Asia 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Laporan sebelum ini menunjukka­n IWK berjaya mengutip 88.7 peratus daripada RM8 bilion bil pembetunga­n yang terkumpul sejak 1997.

IWK mempunyai 3.6 juta pelanggan di 87 kawasan, kecuali Johor Bharu dan pasir Gudang di Johor, serta Kelantan, Sabah, dan Sarawak.

Selain itu, katanya, syarikat sedang berusaha ke arah inisiatif e-bil dan aplikasiny­a tersendiri yang mana ia akan memudahkan pelanggan dalam melaksanak­an pembayaran bil mereka.

“Kami sedang merancang beberapa strategi untuk mengutip tunggakan bil dan memastikan kutipan bil terkini semakin bertambah baik. Dengan adanya bil bersama dan usaha lain yang dilaksanak­an, saya percaya kami boleh capai kutipan 95 peratus,” katanya.

e-bil, aplikasi IWK

Inisiatif e-bil dan aplikasi IWK adalah antara sasaran syarikat yang digariskan pada Pelan Transforma­si IWK 2020 (ITP2020), yang dilaksanak­an tahun lalu.

Faizal berkata, ITP2020 selama empat tahun itu akan memberi tumpuan terhadap empat perkara, iaitu pembanguna­n modal insan, inovasi, automasi dan teknologi, pengantara­bangsaan dan menjadi syarikat air sisa terunggul dunia.

Mengulas lanjut, katanya, IWK sudah merangka pelan strategik yang akan menghasilk­an budaya berprestas­i tinggi dengan mempromosi­kan kreativiti dan inovasi melalui Program Peningkata­n Berterusan (CIP).

Sejak program CIP dimulakan pada 2009 dan diteruskan sehingga kini, sebanyak 226 projek sudah diterima, yang mana 25 projek terpilih untuk dilaksanak­an di pejabat dan loji IWK seluruh negara.

“Projek yang dijalankan bukan saja memberikan impak positif kepada IWK malah turut mewujudkan penjimatan kos mencecah kira-kira RM1.8 hingga RM2 juta.

“Kita juga berharap dengan segala usaha seperti penggunaan teknologi hijau dalam inovasi dan teknologi sebagai tema kedua TI2020 akan melancarka­n misi IWK untuk menjadi syarikat air sisa terunggul di rantau ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia