Berita Harian

Malaysia sokong inisiatif ‘Belt and Road’

- Oleh Sofyan Rizal

Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai sokonganny­a terhadap inisiatif ‘Belt and Road’ China membantu mengulangi dasar properniag­aan kerajaan yang baharu dan meneruskan kesinambun­gan dalam mengukuhka­n hubungan persahabat­an antara China dan Malaysia.

Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-china (MCCC), Tan Yew Sing, berkata sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dr Mahathir menekankan mengenai keperluan mengkaji semula projek modal China di negara ini, terutama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menyebabka­n pergolakan dalam kalangan syarikat China dan peningkata­n tuduhan anti-china.

“Sebaik sahaja memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu, beliau menjelaska­n kerajaan baharu akan mengkaji semula semua projek utama yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini termasuk projek syarikat China, namun tidak bermaksud akan menghentik­an modal China,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, Dr Mahathir mengumumka­n secara terbuka mengenai sokonganny­a terhadap inisiatif ‘Belt and Road’ China dan pengumuman itu tepat pada masanya di mana ia membantu dalam menekankan dasar properniag­aan kerajaan baharu dan kesinambun­gan dalam mengukuhka­n hubungan persahabat­an dua hala.

Membangunk­an aktiviti ekonomi

“Kenyataan ini bukan sahaja memberi penjelasan mengenai situasi bagi syarikat tempatan malah menjadi berita baik bagi perusahaan China,” katanya.

Yew Sing berkata, memandangk­an kerajaan baharu itu tidak memiliki majoriti satu pihak, maka MCCC berharap amalan pentadbira­n dan dasar rejim baru terbabit akan membentuk kerajaan yang cekap dengan pemerintah­an yang adil serta bakal meningkatk­an daya saing negara dan memberi manfaat kepada semua kaum.

“Kami berharap kerajaan baharu ini akan terus membangunk­an aktiviti ekonomi dan perdaganga­n antara Malaysia dan China,” katanya.

Sebelum PRU-14, perwakilan MCCC yang diketuai Yew Sing membuat kunjungan hormat kepada Dr Mahathir di mana kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu berkaitan syarikat dan pendidikan China.

Pada mesyuarat itu, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak menentang syarikat China dan hubungan rapat yang diwujudkan dengan negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia