Berita Harian

Faktor AS pengaruhi saham Asia

-

Saham Asia meningkat pada Jumaat berikutan pemulihan selera risiko pelabur mendapat dorongan daripada inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, sekali gus mengurangk­an kebimbanga­n terhadap peningkata­n kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS (Fed AS).

Pasaran turut menyambut baik hubungan semakin pulih di Seme- Korea, selepas Presiden AS, Donald Trump berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong UN di Singapura pada 12 Jun ini.

Perjumpaan antara dua pemimpin itu akan membincang­kan mengenai program senjata nuklear.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun menokok 0.7 peratus menghampir­i paras tiga minggu.

Nikkei Jepun turut meningkat 1.2 peratus.

Kebanyakan mata wang Asia meningkat susulan dolar menyusut susulan keuntungan harga pengguna April lebih perlahan pada Khamis lalu.

Angka yang lebih itu berikutan angka gaji minggu lalu yang menunjukka­n kepada pertumbuha­n gaji lebih perlahan.

“Data itu menunjukka­n inflasi mungkin akan meningkat tetapi bukan dengan kadar perlahan menyebabka­n Fed AS terpaksa mengambil tindakan agresif untuk memastikan kestabilan ekonomi,” kata penganalis­is broker saham Argonaut, James Mcglew.

Walaupun hubungan dengan Korea Utara semakin pulih, kebimbanga­n geopolitik masih kekal dengan AS dan China meneruskan usaha membantah perdaganga­n dan peningkata­n ketegangan di Asia Barat.

“Trump masih memerlukan Presiden Xi Jinping dan sokongan daripada China dalam menjalanka­n perjanjian dengan Korea Utara dan ini akan menjadi keutamaan beliau dalam jangka masa pendek.

“Sebaik perjumpaan itu selesai, dagangan mungkin akan berjalan seperti biasa,” kata Jpmorgan dalam satu nota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia