Berita Harian

Susun jabatan, wujud dua kementeria­n baharu

Laksana beberapa pembaharua­n termasuk kendali projek: Mohd Shafie

- Oleh Kristy Inus

KKota Kinabalu termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai keutamaan.

Presiden WARISAN itu berkata, harapan yang diletakkan kepada kerajaan baharu pimpinanny­a untuk menunaikan segala yang terkandung dalam MA63 sudah diharapkan oleh rakyat Malaysia di Sabah sejak pembentuka­n negara ini 55 tahun lalu.

“Kerajaan Persekutua­n perlu memenuhi tuntutan hak orang Sabah dalam pembentuka­n Malaysia. Kita sayang negara kita tetapi kita perlu hormati hak yang termaktub dalam perjanjian itu (MA63),” katanya kepada media selepas hadir Perlumbaan Perahu Naga 2018 anjuran Persekutua­n Per satuan Cina Sabah (FCAS) di Teluk Likas, semalam.

Program itu yang turut dihadiri Yang dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin adalah program rasmi pertama beliau selepas mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri di sini, malam kelmarin.

Pertingkat kerjasama

Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) antara 2009 hingga 2015, berkata kerajaan negeri mahu keupayaan sistem pentadbira­n negeri dan Persekutua­n serta kerjasama keduadua pihak ditingkat serta dirapatkan.

“Bukan saja kerjasama, malah mengimbang­i pengagihan ke yaan yang ada d negara ini, Sabah tidak harus ketinggala­n,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, berkata keputusan sama ada beliau akan melantik enam ADUN lantikan (bukan daripada ADUN sedia ada) akan ditentukan kemudian kerana WARISAN dan PH kini mempunyai kerusi mencukupi.

“Saya tidak bergantung untuk memperoleh enam kerusi (ADUN) lantikan, tetapi jika perlu kita akan lantik sebab mungkin ada keperluan melantik beberapa profesiona­l yang kemungkina­n pada pilihan raya lalu tidak diletakkan (sebagai calon), namun mempunyai kebolehan menambah keberkesan­an sistem penyampaia­n,” katanya.

Mohd Shafie juga mengesahka­n sudah mengemukak­an beberapa nama kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dipertimba­ngkan untuk jawatan Menteri Persekutua­n.

Ditanya sama ada beliau akan menggugurk­an ketua jabatan tertentu seperti dilaksanak­an Dr Mahathir pada peringkat Persekutua­n, Mohd Shafie berkata, beliau perlu mendengar taklimat daripada pihak berkenaan untuk mengenal pasti apa masalah, keupayaan serta keperluan.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Juhar bersama Mohd Shafie bersama peserta Perlumbaan Perahu Naga 2018 anjuran Persekutua­n Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Teluk Likas, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Juhar bersama Mohd Shafie bersama peserta Perlumbaan Perahu Naga 2018 anjuran Persekutua­n Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Teluk Likas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia