Berita Harian

‘Kami akur jika jadi pembangkan­g’

ADUN Kiulu tetap teguh di belakang PBS, pimpinan Musa

- Oleh Roy Goh roygoh@nst.com.my

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai menegaskan beliau berpegang kepada prinsip dan keputusann­ya untuk berdiri teguh di belakang Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Musa Aman.

“Kami akur jika ditakdirka­n jadi pembangkan­g. Tetapi buat masa sekarang, Ketua Menteri (Musa) secara rasmi mengangkat sumpah (Khamis lalu) belum lagi meletakkan jawatan,” katanya kepada NSTP.

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, Khamis lalu selepas memperoleh majoriti mudah 31 kerusi, iaitu 29 kerusi milik BN dan dua daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Bagaimanap­un, malam semalam, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Juhar selepas mempunyai sokongan majoriti berikutan enam ADUN daripada BN menyertai WARISAN.

Kecewa ikrar dipersetuj­ui

Mengulas lanjut, Joniston berkata, beliau kecewa dengan perjanjian serta ikrar yang dipersetuj­ui Majlis Presiden antara PBS, Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebelum ini.

“Kita akan lihat apa yang berlaku selepas ini, tetapi apa yang betul-betul mengecewak­an adalah Majlis Presiden.

“Semua pihak bersetuju untuk bekerjasam­a demi masyarakat Kadazandus­un dan Murut (KDM), namun ini (apa yang berlaku selepas PRU-14) tidak dihormati,” katanya merujuk tindakan UPKO dan PBRS meninggalk­an BN tanpa sebarang perbincang­an kepada majlis itu.

Joniston berkata, ketiga-tiga parti itu memenangi 12 kerusi dalam PRU-14 dan meletakkan mereka dalam kedudukan baik untuk melindungi kepentinga­n masyarakat KDM.

“Selain itu, kita mendapat sokongan STAR (diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan) yang bersetuju untuk membentuk pakatan dengan BN Sabah untuk membentuk kerajaan.

“Jika mereka berfikir mengenai rakyat, ini adalah platform terbaik untuk melindungi kepentinga­n mereka,” katanya.

 ??  ?? Joniston Bangkuai
Joniston Bangkuai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia