Berita Harian

Bas ekspres terbalik, enam cedera

-

Semporna: Enam cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 20, Jalan Semporna-kunak di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, lima mangsa dihantar ke hospital dengan bantuan orang awam, manakala seorang lagi dihantar menggunaka­n kenderaan Perkhidmat­an Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS), Balai Bomba dan Penyelamat Semporna.

Empat wanita berusia 21 hingga 59 tahun dan lelaki berusia 27 serta kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu menerima rawatan di Hospital Semporna.

Tidak babit kenderaan lain

Difahamkan, bas ekspres yang dinaiki 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Semporna dan tidak membabitka­n kenderaan lain.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.22 pagi, sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota EMRS memberi rawatan awal sebelum mereka dibantu orang awam membawa enam mangsa yang cedera ke hospital.

“Seramai 15 penumpang dan juga pemandu selamat. Anggota bomba melakukan pemeriksaa­n di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi itu tamat sepenuhnya pada jam 6.11 pagi.

Anggota EMRS memberi rawatan awal sebelum mereka dibantu orang awam membawa enam mangsa yang cedera ke hospital” Fazizul Hizam Borhan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna

 ?? [ FOTO IHSAN BOMBA ] ?? Anggota bomba berusaha menyelamat­kan penumpang selepas bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 20 Jalan Semporna - Kunak, di Semporna.
[ FOTO IHSAN BOMBA ] Anggota bomba berusaha menyelamat­kan penumpang selepas bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 20 Jalan Semporna - Kunak, di Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia