Berita Harian

Lori balak ‘samseng’ tak endah keselamata­n

Guna Jalan Bakun tanpa mengira waktu, bawa muatan berlebihan

- Oleh Kandau Sidi

jalan itu.

Sikap pemandu lori balak yang enggan memberi laluan kepada pengguna kenderaan lain, selain membawa muatan berlebihan memburukka­n lagi situasi itu.

Penduduk Bakun, Nyaun Ri bun, 56, yang sering berulangal­ik menggunaka­n Jalan Bakun ke Bintulu, berkata sejak dua penghadang lori balak di Jalan Bakun dirobohkan semakin banyak lori balak menggunaka­n laluan itu.

Kayu kerap jatuh

Beliau berkata, paling membimbang­kan ada lori balak membawa muatan berlebihan dan kayu kerap jatuh ke tengah jalan sekali gus membahayak­an pengguna kenderaan yang lain.

“Kenderaan saya pernah hampir ditimpa kayu balak yang jatuh kerana tidak diikat dengan baik oleh pemandunya.

“Mujur, kenderaan saya tidak ditimpa kayu yang terjatuh dari lori berkenaan,” katanya yang turut menunjukka­n bukti gambar kayu balak yang jatuh kepada NSTP di sini, semalam.

Nyaun berkata, selain membahayak­an pengguna kenderaan lain, sikap pemandu lori balak berkenaan yang mengangkut kayu melebihi muatan merosakkan Jalan Bakun.

Beliau berkata, ada banyak lu bang besar terbentuk di sepanjang laluan itu menyebabka­n Jalan Bakun mengalami kerosakan serius.

“Mendapan tanah di sepanjang Jalan Bakun juga semakin teruk menyebabka­n laluan berbonggol dan tidak selesa dilalui,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu supaya pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan serius menghapusk­an kegiatan haram berkenaan.

 ?? [ FOTO KANDAU SIDI ] ?? Sebatang kayu balak terjatuh di Jalan Bakun dan membahayak­an pengguna jalan raya.
[ FOTO KANDAU SIDI ] Sebatang kayu balak terjatuh di Jalan Bakun dan membahayak­an pengguna jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia