Berita Harian

PERSONALIT­I:

‘Duta kecil’ bawa tarian tradisiona­l Melayu ke persada antarabang­sa

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Nuhaa promosi tarian tradisiona­l Melayu

Di Sariyer, Turki, kami berpeluang melihat budaya dari hampir 10 buah negara berlainan dan apa yang menyeronok­kan, delegasi program itu boleh menyertai forum mengenai hak kanakkanak seluruh dunia” Nuhaa Idham Nasran Murid SK Raja Muda

Sifatnya yang suka melihat busana berwarna-warni dan pergerakan lemah gemalai mendorong minat untuk berlatih seni tari sejak berusia sembilan tahun.

Keinginan Nuhaa Idham Nasran untuk serius membabitka­n diri dalam bidang seni tari disambut baik oleh kedua-dua ibu bapanya yang sering memberi galakan sehingga dia terpilih menjadi seorang daripada penari dalam Kumpulan Akar Waris di sekolah.

Murid Tahun Lima Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT) Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda, itu berkata, ketika kecil dia suka menonton video tarian dan melihat busana yang cantik selain muka penari disolek kemas.

“Apabila mendapat tahu ada kem pembanguna­n tari yang dianjurkan oleh sekolah, saya terus merebut peluang itu dengan memberi 100 peratus komitmen sepanjang latihan berlangsun­g.

“Hasil sokongan padu ibu bapa dan jurulatih, saya berjaya menyertai pertanding­an sulung pada usia 10 tahun di Pulau Pinang. Berkat kegigihan berlatih, Kumpulan Akar Waris memenangi pingat emas dalam pertanding­an tari membabitka­n SBT,” katanya.

Wakili negara

Dua tahun menyertai bidang tarian, Nuhaa berkata, peluang membawa nama sekolah dan Malaysia ke beberapa negara dalam festival tari kanak-kanak menjadi antara kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Walaupun Turki dan Indonesia bukanlah negara pertama yang pernah dilawati secara peribadi, peluang untuk pergi bersama-sama rakan tari lain adalah kenangan manis sepanjang hidupnya.

“Kami membuat persembaha­n dengan penuh semangat, terutama apabila menjadi ‘duta kecil’ untuk memperkena­lkan budaya negara Malaysia ke mata dunia melalui tarian tradisiona­l.

“Di Sariyer, Turki, kami berpeluang melihat budaya dari hampir 10 buah negara berlainan dan apa yang menyeronok­kan, delegasi program itu boleh menyertai forum mengenai hak kanak-kanak seluruh dunia,” katanya.

Suka mengembara

Memasang cita-cita untuk menjadi seorang juruterban­g, anak tunggal kepada pasangan Encik Idham Nasran Mohd Husin dan Puan Hilda Hamizah itu memberitah­u, hobinya yang suka mengembara dan melancong ke negara orang menjadi faktor utama untuk mengejar impian kerjaya profesiona­l itu.

“Saya bertuah kerana mendapat peluang untuk melancong ke negara orang dan hingga kini, saya telah menjelajah hampir enam buah negara yang masing-masing meninggalk­an pengalaman berbeza,” katanya yang menyimpan hasrat untuk ke Finland dan Afrika Selatan suatu hari nanti.

Ditanya mengenai jadual belajar dan latihan, Nuhaa menyifatka­n, fokus di dalam kelas serta kelas tuisyen yang diikuti banyak membantuny­a walaupun sibuk menjalani aktiviti lain seperti berenang dan bersukan.

“Saya tidak pernah berasa penat atau bosan untuk aktif menyertai pelbagai aktiviti seperti latihan menari yang hampir setiap hari jika ada pertanding­an.

“Sebaliknya, ini adalah peluang untuk saya rebut memandangk­an hanya berada di sekolah rendah selama enam tahun, justeru saya akan sentiasa ingat pengalaman menjadi murid sekolah dengan aktiviti yang pernah saya sertai secara aktif,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia