Berita Harian

PERANAN GURU

Selain mendidik, golongan itu juga bertindak sebagai ibu bapa dan kaunselor di sekolah

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Peranan guru kini bukan hanya menjadi pendidik kerana dengan peredaran zaman serta penggunaan teknologi masa kini, ilmu itu mudah didapati dan terdapat di mana saja mendorong kepada perubahan tugas golongan itu.

Kini, tugas pendidik dilihat sebagai pemudah cara dan pengkaji bagi meningkatk­an ilmu untuk generasi muda dengan pelbagai kaedah.

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabang­sa (IPGKBA), Dr Nagalingam Karuppiah, berkata peranan guru masa kini sudah berubah dengan insiatif pendidik sendiri melakukan pelbagai cara dan langkah bagi membentuk individu di bawah didikan mereka.

“Di sekolah, guru bukan hanya mendidik, malah mereka ibarat ibu bapa kedua kepada murid yang mahukan anak didiknya berjaya dalam akademik, berakhlak baik, mempunyai kemahiran insaniah serta nilai murni.

“Murid yang baik pasti memahami akan peranan dan harapan guru terhadap mereka,” katanya.

Dr Nagalingam berkata, istilah dibebani dengan tugas dan peranan sebagai ibu bapa di sekolah tidak wujud kerana tanggungja­wab seorang guru adalah untuk melihat anak didiknya berjaya.

“Sebagai ibu bapa, kita mahu melihat anak kita berjaya dan hal ini sama seperti guru yang mahukan anak didik mereka menjadi orang yang berguna dibentuk daripada kecil sehinggala­h membesar mengikut keupayaan masing-masing.

“Semua orang sedia maklum mereka yang menjadi guru akan memegang gelaran itu sehingga ke akhir hayat dan sudah pasti jasa serta keringat mereka diingati sepanjang masa,” katanya.

Bukan penyelesai masalah

Sementara itu, Kaunselor Pentadbir IPGKBA, Puan Nadiana Bujang, berkata guru tidak perlu bertindak sebagai penyelesai masalah, sebaliknya menjadi individu yang menggalakk­an murid untuk mencari jalan penyelesai­an seterusnya melahirkan generasi holistik pada masa depan.

Katanya, tugas guru terutama Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah lebih membantu dan mewujudkan celik akal dalam diri murid untuk menangani konflik.

“Dalam konteks ini, kompentens­i guru kaunseling adalah terbatas kerana peranan pendidik bukan mengubah murid, tetapi membantu golongan itu untuk bertanggun­gjawab terhadap diri sendiri.

“Kaunseling adalah proses menolong yang profesiona­l bertujuan membantu individu memahami dirinya sendiri dan persekitar­an,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Persediaan bakal guru

Puan Nadiana berkata, menurut pandangan Donald Super (1980) perkembang­an kerjaya terdiri daripada dua sudut iaitu peringkat dan peranan kehidupan.

“Kaunselor berperanan membantu siswa pendidik untuk melihat kerjaya itu secara holistik sebagai individu serta membantu bakal pendidik jelas mengenai konsep kendiri yang positif, seterusnya memudahkan golongan itu menyesuaik­an diri di alam pekerjaan kelak,” katanya.

Sepanjang di IPGKBA, siswa pendidik didedahkan dengan pelbagai jenis terapi dalam kaunseling yang boleh diaplikasi apabila berdepan dengan murid yang memerlukan perhatian,” katanya.

“Antara terapi yang digunakan adalah terapi main, terapi seni dan terapi modifikasi perlakuan,” katanya.

 ??  ??
 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? Guru bukan hanya mendidik aspek akademik di sekolah, malah turut menjadi pembimbing murid seolah-olah ibu bapa kedua.
[GAMBAR HIASAN] Guru bukan hanya mendidik aspek akademik di sekolah, malah turut menjadi pembimbing murid seolah-olah ibu bapa kedua.
 ??  ?? Dr Nagalingam Karuppiah
Dr Nagalingam Karuppiah
 ??  ?? Puan Nadiana Bujang
Puan Nadiana Bujang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia