Berita Harian

Cukup pendapatan mansuhkan GST

Pengurusan kewangan efisien bolehkan negara urus perbelanja­an

-

Dakwaan kononnya hasil pendapatan negara akan merosot sekiranya GST dihapuskan tidak benar kerana kekurangan dana dalam kerajaan sekarang bukan disebabkan kekurangan hasil sumber pendapatan tetapi akibat salah guna dan pembaziran” Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Kabinet tidak melebihi 30 kementeria­n, Menteri dan Timbalan Menteri daripada campuran parti komponen PH Projek mega hanya akan diberi kepada syarikat asing sekiranya tiada kepakaran tempatan mampu laksana Gerakan Anti-rasuah dibentuk bagi bendung Menteri Kabinet terbabit rasuah Kurangkan undang-undang yang terlalu banyak sehingga menyekat kebebasan menjalanka­n perniagaan

Media bebas melapor selagi tidak menggugat ketenteram­an awam walaupun kandungann­ya tidak disenangi kerajaan

Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan kononnya hasil pendapatan negara akan merosot sekiranya kutipan hasil Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebanyak enam peratus yang diperkenal­kan pada 2015, dihapuskan.

Perdana Menteri berkata dakwaan itu adalah tidak benar kerana kekurangan dana dalam kerajaan sekarang bukan disebabkan kekurangan hasil sumber pendapatan negara tetapi akibat salah guna dan pembaziran wang kerajaan.

Dr Mahathir, yang memimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan baharu selepas menumbangk­an kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berkata pendapatan negara sekarang meningkat tiga kali ganda daripada masa pentadbira­n beliau.

Tahun lalu, kerajaan mengutip GST sejumlah RM42 bilion.

“Tetapi wang itu disalahgun­akan, diguna untuk membeli sokongan bagi (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak. Inilah yang menyebabka­n kita kekurangan wang,” katanya dalam sesi penerangan kepada RTM dan BERNAMA di kediamanny­a, di Seri Kembangan, dekat sini, semalam.

Selepas bersara selama 15 tahun, Dr Mahathir kembali semula menerajui pentadbira­n negara.

Sebelum ini, pemimpin berusia 92 tahun itu menjadi Perdana Menteri keempat dari 1981 hingga 2003.

Yakin pengurusan kewangan

Dr Mahathir berkata beliau yakin dengan pengurusan kewangan kerajaan yang cekap dan efisien, negara akan mempunyai dana yang cukup untuk menguruska­n perbelanja­an negara.

Sebagai salah satu langkah penjimatan, katanya, kerajaan juga boleh mengurangk­an perbelanja­an negara dengan menghentik­an atau melewatkan pelaksanaa­n projek yang tidak penting.

Selain itu, Dr Mahathir turut menekankan mengenai kepentinga­n meningkatk­an daya beli pengguna berbanding pengumuman kenaikan gaji penjawat awam.

“Kalau kita naikkan gaji tetapi harga barang naik kerana kenaikan gaji, orang yang dapat gaji lebih ini tidak lebih mewah daripada dahulu, tidak boleh beli lebih banyak daripada dahulu. Oleh sebab itu, tiap-tiap kali nak dinaikkan gaji, kita nak tengok apa kesannya terhadap kos,” katanya.

Bagi menangani peningkata­n kos sara hidup, kerajaan PH dalam manifesto PRU14 berjanji untuk menghapusk­an GST dan memperkena­lkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Mengenai mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel sejak Mac 2017, Dr Mahathir berkata buat masa ini kaedah itu akan diteruskan sehingga hasil kajian mekanisme baharu dilaksanak­an.

“Kita kaji mekanisme untuk menentukan harga minyak sama ada ia berkaitan dengan harga pasaran dunia atau berkaitan dengan produktivi­ti kita,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai antirasuah dalam pentadbira­n kerajaan baharu itu, Dr Mahathir berkata kerajaan sangat bertegas dalam hal itu kerana tidak mahu menteri yang dilantik terbabit dalam amalan korupsi.

Pengerusi PH itu menjelaska­n sejak kempen pilihanray­a umum, PH telah menerima sumbangan yang banyak untuk membiayai pilihan raya itu dan kini, setelah dipilih rakyat menjadi kerajaan, segala bentuk sumbangan dan derma tidak boleh diterima manamana pihak melainkan dengan keizinan atau dimaklumka­n kepada Kabinet.

“Kadang-kadang ada orang ramai bagi sumbangan dalambentu­k hadiah. Hadiah yang boleh diberi adalah dalam (bentuk) makanan, tetapi bukan dalam (bentuk) barangan bernilai,” katanya.

Menyentuh mengenai Kabinet baharu pula, Dr Mahathir berkata pengumuman­nya akan dibuat secepat mungkin.

“Kita akan bentuk Kabinet kecil yang mengandung­i 10 orang sahaja. Kita sudah ada tiga orang, dan kita perlu tujuh lagi untuk cukupkanny­a secepat mungkin dengan setiap parti memberi calon nama dan kementeria­n pilihan mereka.

“Saya harap ia dapat diselesaik­an dalam minggu ini, jadi, kita dapat bentuk Kabinet 10 orang,” katanya.

Dr Mahathir menjelaska­n dari situ, beliau selaku perdana menteri, akan menyemak senarai calon itu sebelum membuat keputusan mengenai jawatan mereka selepas merujuknya terlebih dahulu dengan presiden parti masing-masing.

Beliau berkata Kabinet itu akan bergerak sebagai Kabinet yang sah, sementara kerajaan memilih calon lain dari negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kabinet lengkap itu tidak akan melebihi 30 kementeria­n,” kata beliau.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Tun Dr Mahathir bercakap pada sesi penerangan khas di kediaman beliau, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Tun Dr Mahathir bercakap pada sesi penerangan khas di kediaman beliau, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia