Berita Harian

13 maut serangan bom tiga gereja di surabaya

Militan disokong Daesh letup tiga gereja, Jokowi anggap serangan kejam

-

Kumpulan militan Daesh disebut menjadi dalang serangan bom ke atas tiga gereja di Indonesia yang mengakibat­kan sekurang-kurangnya 13 orang terkorban dengan lebih 40 cedera, semalam.

Satu keluarga membabitka­n enam orang, termasuk dua perempuan muda dikaitkan menganggot­ai rangkaian puak pelampau tempatan, dikenali Jamaah Ansharut Daulah.

Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo menyifatka­n serangan nekad oleh suspek militan di Surabaya sebagai ‘kejam’ dan menggesa rakyat Indonesia bersatu menentang keganasan.

Guna kanak-kanak

Pada sidang akhbar bersama-sama Ketua Polis, Tito Karnavian, Jokowi berkata dalam salah satu serangan, dua kanak-kanak digunakan dalam pengeboman itu.

“Saya mengarahka­n polis memburu dan memecahkan rangkaian penjenayah,” katanya, semalam.

Menurut Karnavian, keluarga itu - seorang ayah dan ibu, dua anak perempuan berusia di antara sembilan dan 12 tahun serta dua anak lelaki, masing-masing berusia 16 dan 18 tahun maut dalam serangan pengebom nekad itu.

Indonesia, yang akan mula berpuasa minggu depan, berada dalam keadaan berjaga-jaga berhubung serangan militan di negara itu termasuk beberapa kejadian yang didakwa dilakukan militan.

Gelombang letupan, termasuk pengeboman bunuh diri itu dilabel serangan paling dahsyat berlaku dalam tempoh beberapa tahun di negara paling ramai umat Islam di dunia itu.

“13 maut dan 40 berada di hospital,” kata jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera, menambah dua pegawai polis antara yang cedera.

Angka kematian rasmi meningkat termasuk mereka yang meninggal dunia akibat kecederaan di hospital.

Tiga lokasi berasingan dilanda pengeboman kira-kira jam 7.30 pagi waktu tempatan dalam apa yang kelihatan serangan terancang termasuk pengeboman bunuh diri dan kemungkina­n pengeboman kenderaan.

Rakaman televisyen disiarkan rangkaian utama menunjukka­n penunggang motosikal memasuki bahagian bawah tanah gereja sebelum bom diletupkan.

Imej lain menunjukka­n kenderaan terbakar di satu lokasi.

Pakar bom dipanggil untuk memusnahka­n peranti letupan yang masih aktif di Gereja Pantekosta Pusat Surabaya, dengan wartawan AFP di lokasi mendengar dua letupan kuat.

Imej satu keadaan menunjukka­n mayat terbaring di luar pagar gereja katolik Santa Maria dan anggota skuad bom Indonesia berada di kawasan runtuhan.

Sekurang-kurangnya seorang penyerang terbunuh apabila meletupkan bom di Santa Maria. Tidak dapat dipastikan jika ada penyerang lain dalam kalangan mereka yang terkorban atau cedera. AFP

 ??  ?? Anggota bomba bergegas memadamkan api yang membakar kenderaaan selepas letupan di sebuah gereja di Surabaya, semalam.
Anggota bomba bergegas memadamkan api yang membakar kenderaaan selepas letupan di sebuah gereja di Surabaya, semalam.
 ?? [ FOTO EPA/REUTERS] ?? Anggota paramedik mengeluark­an mayat mangsa berhampira­n deretan motosikal yang rentung selepas letupan.
[ FOTO EPA/REUTERS] Anggota paramedik mengeluark­an mayat mangsa berhampira­n deretan motosikal yang rentung selepas letupan.
 ??  ?? Presiden Joko Widodo melawat lokasi letupan di Gereja Pentecost, Pusat Surabaya, semalam.
Presiden Joko Widodo melawat lokasi letupan di Gereja Pentecost, Pusat Surabaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia