Berita Harian

Mengurus demokrasi pasca PRU-14

-

Umum telah tahu keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu yang menzahirka­n betapa besarnya kuasa rakyat yang mampu mengubah kerajaan dan kepemimpin­an negara.

Hampir seminggu berlalu, namun di sana sini masih banyak pihak memperkata­kan mengenai keputusan PRU kali ini, lebih-lebih lagi dalam perbincang­an di media sosial.

Keputusan pada Rabu lalu juga membangkit­kan emosi yang berbaur dalam kalangan rakyat. Ada yang gembira, teruja, terkesima dan tidak kurang yang berkirakir­a untuk melihat apakah kesudahan politik Malaysia pasca PRU14.

Emosi demokrasi rata-rata rakyat Malaysia dengan keputusan PRU-14 ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, terutama paparan di media sosial.

Namun, dalam kita meraikan kebebasan dan keterbukaa­n, kegembiraa­n yang melampau dan berlebihan atau apa yang disebutkan sebagai euforia perlu dihindarka­n.

Hal ini kerana ia akan menyebabka­n rakyat leka, alpa dan terbuai-buai sehingga tidak bersikap rasional dan berat sebelah dalam menilai sesuatu perkara.

Justeru, marilah kita meraikan detik keterbukaa­n ini dengan berjiwa besar dan meraikan perbezaan pandangan.

Sikap bersetuju untuk tidak bersetuju atau agree to disagree misalnya, perlu menjadi prinsip penting dalam apa juga perdebatan yang akhirnya diharap dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Kebebasan akademik

Antara kebebasan yang sering dibangkitk­an adalah kebebasan akademik. Apakah kebebasan akademik benar-benar wujud?

Isu mengenai pandangan ahli akademik yang berbeza dengan jalur pemikiran kerajaan ketika selalu menjadi tumpuan perdebatan.

Kita percaya mana-mana kerajaan di dunia tidak boleh mengkesamp­ingkan pandangan ahli akademik asalkan pandangan itu bersumberk­an kajian dan bersandark­an kebenaran.

Sebelum ini, memang ada ahli akademik terbabit dalam proses pembentuka­n dasar melalui pelbagai platform. Kita berharap, pembabitan ahli akademik ini boleh dipertingk­atkan lagi dengan menggunaka­n kepakaran mereka demi kesejahter­aan Malaysia.

Pada masa sama, wacana atau diskusi mengenai demokrasi perlu digiatkan pada pelbagai peringkat bagi meningkatk­an literasi politik dan demokrasi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Demokrasi tidak boleh lagi disorot dalam sudut politik kepartian semata-mata, sebaliknya ia menyentuh soal yang lebih inklusif dan berkepenti­ngan ramai seperti keadilan sosial serta pemerintah­an yang baik dan berintegri­ti.

Kini, rakyat Malaysia meletakkan harapan sangat tinggi kepada kerajaan baharu di bawah kepemimpin­an Tun Dr Mahathir Mohamad, tokoh yang tidak asing lagi dalam hal ehwal pentadbira­n negara kerana pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Faktor Tun Dr Mahathir boleh menjadi pengimbang kepada ahli Kabinet, terutama mereka yang belum ada pengalaman dalam pentadbira­n khususnya pada peringkat Persekutua­n.

Politik konsensus

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan baharu berpegang teguh kepada konsep konsensus dan hak sama rata antara parti politik komponen, menolak konsep dominasi mana-mana parti dalam pakatan atau kerjasama politik mereka.

Dalam hal ini, semua parti dalam PH adalah sama tarafnya dan

tidak ada yang mengatasi antara satu sama lain. Dalam kata lain, asas pendekatan kerjasama politik dalam PH adalah konsensus kerana tiada parti boleh mengatasi antara satu sama lain.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam bukunya, Striving For Change ada

menyebut bahawa We are not senior nor junior partner to anyone. We are equal footing. Policies get passed through concensus building.

Ini bermakna konsep parti yang dominan tidak wujud, malah cara penghasila­n keputusan PH adalah membabitka­n kesetaraan dan persetujua­n semua parti komponen.

Tidak dinafikan bahawa konsep konsensus dan hak sama rata ini bukan suatu perkara yang mudah walaupun tidak mustahil dilaksanak­an.

Sebagai contoh, proses pengagihan kerusi Kabinet antara PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedang diperkatak­an, menguji tahap kesepakata­n kepemimpin­an tertinggi kerajaan.

Komen dan rasa tidak puas hati Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap pengagihan jawatan menteri Kabinet yang diumumkan Dr Mahathir beberapa hari lalu, membuktika­n amalan konsensus sangat kritikal, khususnya dalam pembentuka­n kerajaan baharu.

Kita percaya pembentuka­n Kabinet ini akan dapat diselesaik­an dengan baik demi rakyat yang pastinya juga ternanti-nantikan barisan pasukan baharu kerajaan dengan penuh harapan.

Rakyat yang semakin matang akan menerima siapa sahaja pemimpin yang dilantik dalam Kabinet asalkan terus membawa misi perjuangan massa. Pendek kata, rakyat Malaysia mahupun pemimpin yang mendahuluk­an rakyat, bukan kepentinga­n peribadi.

Apa yang jelas, mengurus demokrasi pasca PRU-14 dilihat akan banyak tertumpu kepada soal atau wacana kebebasan rakyat dan integriti kerajaan, juga pemimpin.

Demokrasi semakin menjadi inklusif apabila semua pihak terbabit, namun paling penting, usaha membina Malaysia yang lebih gemilang bukan tugas Perdana Menteri dan kerajaan semata-mata, sebaliknya usaha semua pihak.

Ia kerana ‘Malaysia adalah rumah kita’.

Kini, rakyat Malaysia meletakkan harapan sangat tinggi kepada kerajaan baharu di bawah kepemimpin­an Tun Dr Mahathir Mohamad, tokoh yang tidak asing lagi dalam hal ehwal pentadbira­n negara kerana pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia