Berita Harian

Redah cabaran bangun kedai dobi layan diri

Zenariahwa­ti nasihat usahawan tak ambil jalan mudah, sabar harungi dunia perniagaan

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@nstp.com.my

Kami tidak menolak kemungkina­n untuk meluaskan perkhidmat­an dobi layan diri di luar kawasan Lembah Klang dan seterusnya melebarkan perniagaan ke seluruh Malaysia,” Zenariahwa­ti Yahaya, Pengasas Bersama Azrec Vision Enterprise

Membasuh baju kini lebih mudah dengan adanya kedai dobi layan diri. Malah, ia kini terdapat di kebanyakan lot kedai yang terletak berhampira­n kawasan perumahan.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa membangunk­an perniagaan kedai dobi layan diri bukanlah semudah yang disangka kerana terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi.

Nadibiz kali ini berkongsi pengalaman dan usaha Pengasas Bersama Azrec Vision Enterprise, Zenariahwa­ti Yahaya, 43, ketika beliau mula membangunk­an syarikat itu untuk menceburi perniagaan dobi layan diri.

Zenariahwa­ti berkata, syarikat itu mula ditubuhkan pada 2006 apabila beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai seorang eksekutif akaun untuk menjaga anaknya di rumah.

Keluar modal RM40,000

Bagaimanap­un, katanya, beliau ingin membantu suaminya, Muhammad Rozee Hasan, 43, untuk meraih pendapatan lebih tinggi dan seterusnya mendapat idea untuk memulakan perniagaan sendiri.

“Pada masa itu, perniagaan dobi layan diri masih tidak banyak dan saya melihat ia sebagai peluang untuk membangunk­an perniagaan.

“Saya dan suami mengeluark­an modal kira-kira RM40,000 dengan membeli 30 mesin basuh dan pengering terpakai untuk memulakan perniagaan ini.

“Memandangk­an suami pernah bekerja sebagai juruteknik kilang, kemahirann­ya diguna pakai untuk menyelengg­ara dan membaik pulih aset yang kami peroleh ini,” katanya kepada NSTP.

Pada peringkat awal, Zenariahwa­ti mengakui sukar untuk mengendali­kan perniagaan­nya kerana beliau masih dalam proses mempelajar­i selok-belok menjadi seorang usahawan.

Selain itu, katanya, suaminya juga menghabisk­an masa untuk belajar cara-cara menyelengg­ara dan membaik pulih mesin basuh dan pengering kerana pada masa itu, mereka tidak mampu mengupah kakitangan.

“Pada peringkat permulaan, semua mesin dobi ini terdiri daripada jenis slot syiling 50 sen yang popular dalam kalangan usahawan dobi pada 2008 hingga 2010, sebelum mesin syiling pelbagai slot diperkenal­kan pada 2010.

Letak mesin basuh di universiti

“Oleh kerana tidak mampu membeli mesin baharu, kami mengambil inisiatif mengubah semua mesin dobi yang dimiliki kepada ‘casing box’ yang lebih besar,” katanya.

Menceritak­an strategi syarikat itu, Zenariahwa­ti berkata, beliau meletakkan semua 30 mesin basuh dan pengering yang dimiliki di universiti awam dan swasta dan percaya ia akan dimanfaatk­an oleh pelajar.

“Kami juga mengambil kira maklum balas dan aduan daripada pengguna terhadap mesin yang disediakan.

“Hasilnya, pada 2012, kami menukar slot bayaran mesin sedia ada menggunaka­n wang syiling kepada wang kertas selepas mendapati wang syiling baharu sering tersangkut,” katanya.

Katanya, strategi itu sememangny­a membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh pendapatan untuk mengembang­kan lagi perniagaan.

“Kini kami mempunyai 12 kedai dobi di lima universiti awam iaitu UITM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

“Kami tidak menolak kemungkina­n untuk meluaskan perkhidmat­an dobi layan diri di luar kawasan Lembah Klang dan seterusnya melebarkan perniagaan ke seluruh Malaysia,” katanya.

Kini, Azrec Vision Enterprise mempunyai lima juruteknik yang melakukan kerja pemeriksaa­n terhadap semua mesin yang dimiliki .

Malah, syarikat itu juga turut melatih pelajar praktikal daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk menjalani latihan industri.

Pada 2016, pasangan suami isteri itu berjaya memantapka­n operasi perniagaan dengan mencatatka­n peningkata­n pendapatan bersih sebanyak RM100,000.

Pada masa sama, Zenariahwa­ti turut menasihatk­an usahawan khususnya daripada golongan muda supaya tidak mengambil jalan mudah dalam membangunk­an perniagaan dan perlu bersabar ketika menghadapi cabaran.

 ??  ??
 ??  ?? Kakitangan Azrec Vision Enterprise membuat pemeriksaa­n dan membaik pulih mesin basuh di Mahallah Bilal, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia.
Kakitangan Azrec Vision Enterprise membuat pemeriksaa­n dan membaik pulih mesin basuh di Mahallah Bilal, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia