Berita Harian

PKR KEMUKA 10 NAMA, AMANAH 3 UNTUK JAWATAN MENTERI

Akan dibuat selepas parti gabungan PH serah nama

- Oleh Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my Putrajaya

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan memutuskan senarai anggota Kabinet dan kementeria­n dalam pentadbira­n baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri berkata, keputusan itu akan dibuat selepas parti dalam gabungan PH menyerahka­n cadangan nama dan kementeria­n pilihan masingmasi­ng.

“Pendirian kita, parti akan kemukakan nama dan pilihan kementeria­n. Saya akan putuskan siapa pegang jawatan dan kementeria­n mana,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Terima senarai nama

Dr Mahathir berkata beliau sudah menerima senarai 10 nama dari PKR dan tiga dari Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk dipertimba­ngkan jawatan menteri Kabinet.

“(Presiden PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail) datang hari ini (semalam) mengemukak­an cadangan 10 nama dari PKR walaupun saya hanya minta tiga nama. (Presiden AMANAH) Muhammad Sabu sudah serahkan tiga nama dari AMANAH, dia hantar surat kepada saya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, selepas ini beliau akan mengadakan perjumpaan sekali lagi dengan semua parti gabungan PH bagi membincang­kan nama menteri dan kementeria­n yang diperuntuk­kan kepada setiap parti.

“Sebanyak 10 nama menteri Kabinet dan kementeria­n yang akan dipegang akan diumumkan pada minggu ini, manakala tambahan 15 lagi nama akan dibuat secepat mungkin mengikut keperluan.

“Kita tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam satu-satu masa, kita perlu melihat kepada keperluan. Perkara ini juga sudah dibincangk­an dengan parti komponen kita,” katanya.

Tolak UMNO dalam PH

Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-7 pada Khamis lalu, Dr Mahathir menamakan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri serta tiga menteri Kabinet, iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (Menteri Kewangan); Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Muhammad (Menteri Pertahanan).

Sementara itu, Perdana Menteri menolak sebarang penyertaan dan kerjasama UMNO dalam PH kerana parti itu sendiri belum tentu sama ada sah atau tidak.

“Parti UMNO tidak boleh ada dalam PH,” katanya.

Ditanya adakah UMNO kini berdepan isu pembatalan jika siasatan dilakukan terhadap pendaftara­n parti itu, Dr Mahathir berkata, proses itu terserah kepada mahkamah untuk memutuskan­nya.

“Malah, ia juga terserah kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menentukan status pendaftara­n UMNO,” katanya.

Kita tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam satu-satu masa, kita perlu melihat kepada keperluan. Perkara ini juga sudah dibincangk­an dengan parti komponen kita”

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia