Berita Harian

Kenyataan pertama, terakhir Rafizi: PKR

Kepemimpin­an parti sedia teruskan tugas diberikan PM: Saifuddin

- Oleh Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my Putrajaya

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, berkata kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai pelantikan

Menteri Kanan pada Sabtu lalu adalah kenyataan terakhir Rafizi.

Beliau berkata, kepemimpin­an PKR diterajui Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah bersedia meneruskan tugas yang diberikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Selepas kenyataan daripada Rafizi, kami berpendapa­t itu adalah kenyataan pertama dan terakhir daripada beliau.

Tak timbul setuju atau tidak

“Kita sudah sedia untuk teruskan tugas yang sudah diberikan. Tidak timbul sama ada kami setuju atau tidak mengenai kenyataan beliau (Rafizi),” katanya kepada media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, semalam.

Sabtu lalu, Rafizi mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai menteri kanan yang dibuat Dr Mahathir tanpa perbincang­an dan rundingan dengan PKR.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat tanpa penyertaan PKR dan ia sepatutnya tidak boleh berlaku apabila pelantikan itu harus dipersetuj­ui secara bersama oleh keempat-empat parti komponen PH.

Pelantikan belum muktamad

Sebelum itu, beliau dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu belum muktamad kerana perbincang­an masih berjalan.

Pada sidang media Sabtu lalu, Dr Mahathir mengumumka­n Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, sebagai Menteri Pertahanan dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kita sudah sedia untuk teruskan tugas yang sudah diberikan. Tidak timbul sama ada kami setuju atau tidak mengenai kenyataan beliau (Rafizi)”

Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Saifuddin pada sidang media di Hospital Rehabilita­si Cheras selepas melawat Anwar, semalam.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Saifuddin pada sidang media di Hospital Rehabilita­si Cheras selepas melawat Anwar, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH Jumaat lalu.
Keratan akhbar BH Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia