Berita Harian

Pengurus syarikat larikan RM2.5 juta dari bilik kebal

-

Gombak: Seorang lelaki yang juga pengurus syarikat melarikan wang tunai RM2.5 juta, yang diletakkan di sebuah bilik kebal di sebuah syarikat kawalan keselamata­n di Sungai Dua, Rawang, di sini, awal pagi semalam.

Suspek berusia 38 tahun itu terlebih dahulu dikatakan datang ke syarikat kawalan keselamata­n untuk menumpang tidur pada jam 9 malam kelmarin.

Menurut pegawai operasi syarikat kawalan keselamata­n itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nazwan, 30, suspek yang baru saja sebulan bekerja di syarikat itu ada memaklumka­n mahu tidur di pejabat terbabit.

Katanya, berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat, lelaki itu dilihat keluar pada jam 12 tengah malam sebelum masuk semula ke premis berkenaan pada jam 2 pagi.

“Pada jam 3 pagi, tiga pengawal keselamata­n yang bertugas dikejutkan lelaki itu yang memaklumka­n bilik kebal tidak berkunci.

Acu senapang

“Pengawal bergegas ke bilik kebal itu yang terletak di tingkat atas sambil membawa senapang. Sebaik tiba di bilik kebal itu, suspek mengacukan senapang di belakang tiga pengawal dan mengurung mereka di sebuah bilik berhampira­n,” katanya.

“Dia kemudian ke bilik kebal dan memasukkan wang tunai RM2.5 juta yang dikumpul daripada pelbagai syarikat dan agensi pada 8 Mei lalu, ke dalam begnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nazwan berkata, setiap pergerakan lelaki terbabit berjaya dirakam oleh CCTV di dalam pejabat syarikat itu.

Beliau berkata, suspek mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memasukkan wang tunai terbabit ke dalam begnya dan kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal.

“Pengawal keselamata­n yang dikurung memaklumka­n suspek memberitah­u dia terpaksa mengambil duit kerana berdepan masalah keluarga apabila bercerai dengan isterinya.

“Lelaki itu juga meninggalk­an senapang yang dirampas daripada seorang pengawal keselamata­n di dalam bilik kebal terbabit,” katanya yang memaklumka­n pengurus syarikat itu sebelum ini bekerja sebagai kakitangan awam.

 ??  ?? Lelaki larikan duit dari bilik kebal syarikat kawalan keselamata­n di Sungai Dua, Rawang, semalam.
Lelaki larikan duit dari bilik kebal syarikat kawalan keselamata­n di Sungai Dua, Rawang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia