Berita Harian

Son ketuai Korea Selatan ke Piala Dunia

-

Seoul: Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung Min mengetuai senarai awal 28 pemain Korea Selatan ke Piala Dunia Russia yang diumumkan jurulatih, Shin Tae Yong, semalam.

Senarai itu termasuk 12 pemain pertahanan dalam usaha Korea mengukuhka­n kerapuhan bahagian belakang pasukan benua Asia itu.

Bintang Spurs, Heung Min disenaraik­an bersama pemain kelab yang baharu tersingkir dari Liga Perdana Inggeris, Swansea City, Ki Sung Yueng selain pemain FC Augsburg, Koo Ja Cheol ketika Tae Yong menyenarai­kan ramai pemain senior berpangkal­an di Eropah.

Pasukan yang diberi julukan Taeguk Warriors itu mara ke separuh akhir Piala Dunia ketika Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama Jepun pada 2002 tetapi pada kempen kali ini, mereka bergelut pada peringkat kelayakan dan diundi bersama Sweden, Mexico dan penyandang juara, Jerman dalam Kumpulan F.

12 pertahanan disenarai

Heung Min yang dilabel pemain utama Korea, menjaringk­an 18 gol dalam semua pertanding­an buat Spurs musim ini dengan kelab dari London itu menamatkan saingan di tangga ketiga dan mengesahka­n tempat ke Liga Juara-juara musim depan.

Tae Yong dalam pada itu turut membuat kejutan apabila menyenarai­kan pemain yang tidak pernah beraksi bersama skuad kebangsaan iaitu pemain Hellas Verona, Lee Seung Woo dalam senarai awal sebelum ia dicantas kepada 23 pemain pada 4 Jun depan.

Selepas sering mengadu mengenai kekurangan pemain di benteng pertahanan susulan kecederaan, Tae Yong yang juga bekas pemain kebangsaan menyenarai­kan 12 pertahanan dalam senarai awal.

Sejak dilantik mengemudi skuad kebangsaan pada Julai tahun lalu dan mengharung­i 14 perlawanan berikutan pemecatan Uli Stielike, Korea Selatan sudah menjaringk­an 20 gol tetapi turut melepaskan 19 jaringan.

“Ada sebab mengapa saya menyenarai­kan begitu ramai pertahanan,” kata Tae Yong kepada wartawan di Seoul.

“Ketika ini, membentuk barisan pertahanan adalah perkara paling sukar bagi saya.

“Ada beberapa perkara yang saya mahu lakukan dengan pertahanan kami, tapi saya fikir saya tidak boleh melakukann­ya,” katanya dengan hanya sembilan pemain skuad Piala Dunia 2014 berada dalam senarai kali ini. AFP

 ??  ?? Son Heung Min
Son Heung Min

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia