Berita Harian

Rekod 100 mata sukar dilebur

City padam rekod Chelsea pada musim 2004-05

-

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola percaya sukar buat pasukan lain mengatasi rekod 100 mata yang dikumpul skuad kendaliann­ya pada kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

City meleburkan rekod 95 mata yang sebelum ini dipegang Chelsea pada musim 2004-05 selepas mengharung­i 38 perlawanan dalam era Liga Perdana, ketika jaringan Gabriel Jesus pada lewat permainan, malam kelmarin memastikan kemenangan 1-0 ke atas Southampto­n.

Kemenangan penuh dramatik itu menyaksika­n pengurus kelahiran Sepanyol itu berlari penuh kegembiraa­n di tepi padang dengan mengetahui juara Inggeris yang baharu itu sudah mencapai sesuatu yang menakjubka­n.

Malah ketika Liverpool mengumpul 98 mata pada kempen 1978-79, ia disebabkan saingan elit Inggeris ketika itu memiliki 42 perlawanan semusim.

Yakin rekod kekal lama

“Ia menakjubka­n, 50 (mata) di gelanggang sendiri dan 50 di tempat lawan,” kata Guardiola dengan rekodnya sebelum ini di Barcelona adalah 99 mata ketika kelab itu menjuarai La Liga pada kempen 2009-10.

“Apabila kami mendapat 100 mata, ia sesuatu yang istimewa. Saya fikir ia rekod yang akan kekal untuk masa yang lama.”

Seperti kebanyakan kejayaan pasukan lain, beberapa detik yang istimewa hadir menerusi gol lewat dan Guardiola mengakui kepentinga­n jaringan itu.

“Kami melakukann­ya sepanjang musim, tidak pernah menyerah, cuba hingga penamat,” katanya.

“Ia perlawanan yang sukar, mereka bertahan dengan amat baik. Tapi pada babak kedua kami lebih baik.”

Begitupun, apa yang paling menggembir­akan adalah corak permainan yang ditampilka­n pasukannya.

“Dengan semua rekod yang kami pecahkan, ia disebabkan carapermai­nankami.nombor adalah nombor, tapi cara permainan kami (lebih utama). Kami tidak mengharung­i semua 38 perlawanan dengan sempurna tapi kebanyakan masa kami lebih baik berbanding lawan kami.” REUTERS

 ??  ?? Pep Guardiola meraikan jaringan Gabriel Jesus dalam pertembung­an dengan Southampto­n.
Pep Guardiola meraikan jaringan Gabriel Jesus dalam pertembung­an dengan Southampto­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia