Berita Harian

Pasaran kembali melantun

Sokongan belian selari harga minyak pacu FBM KLCI

-

Selepas mengalami kejatuhan besar pada awal dagangan susulan reaksi tindak balas spontan ke atas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14, Bursa Malaysia bangkit dan ditutup tinggi semalam susulan sokongan belian, serta selari harga minyak yang meningkat.

Pada penutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.91 mata kepada 1,850.42 berbanding 1,846.51 pada penutupan Selasa.

Indeks dibuka 32.06 mata lebih rendah kepada 1,814.45 dan bergerak antara 1,797.14 dan 1,876.62 di sepanjang hari.

Pasaran susut hampir 50 mata selepas dibuka, namun kembali meningkat susulan sokongan belian terutama oleh dana tempatan.

Sementara itu, Profesor Ekonomi Sunway University Business School, Prof Yeah Kim Leng, berkata pelabur menjangkak­an paras harga minyak semasa pada AS$79.96 setong, tahap yang dianggap tinggi, akan memberi kelebihan kepada kerajaan semasa.

“Pelabur berpendapa­t harga minyak mentah Brent global akan memberi fleksibili­ti yang lebih besar kepada kerajaan baharu dalam menguruska­n tabung awam,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM10.80, Public Bank menambah 92 sen kepada RM24.80 dan Petronas Chemicals menokok 28 sen kepada RM8.70.

TNB turun enam sen kepada RM16 dan CIMB susut 35 sen kepada RM6.55.

Bagi saham aktif, Sapura Energy meningkat 17.5 sen kepada 84.5 sen, Eden naik 29 sen kepada 46 sen, Sumatec menambah 1.5 sen kepada 5.5 sen, Berjaya Corp naik 8.5 sen kepada 39 sen dan Hibiscus menambah 6.5 sen kepada 93 sen.

Kaunter untung atasi rugi

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 930 berbanding hingga 405, dengan 180 kaunter tidak berubah, 364 kaunter tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.58 bilion unit bernilai RM7.31 bilion daripada 2.35 bilion unit bernilai RM2.80 bilion pada hari Selasa.

Indeks FBM Emas naik 4.66 mata kepada 12,890.37 dan FBM Ace melonjak 309.99 mata kepada 5,522.32.

Indeks FBMT 100 merosot 12.32 mata kepada 12,686.12, Indeks FBM Emas Shariah turun 65.80 mata kepada 13,009.56 manakala FBM 70 susut 149.30 mata kepada 15,153.96.

Mengikut sektor, Indeks Kewa ngan meningkat 100.301 mata ke

18,190.89, Indeks Perusahaan menokok 71.64 mata kepada 3,268.19 dan Indeks Perladanga­n meningkat 56.36 mata kepada 7,906.08.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.59 bilion saham bernilai RM6.98 bilion daripada 1.32 bilion saham bernilai RM2.60 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.28 bilion unit bernilai RM165.53 juta daripada 645.32 juta unit bernilai RM119.44 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE melonjak kepada 696.72 juta saham bernilai RM159.43 juta daripada 374.34 juta saham bernilai RM81.06 juta yang dicatatkan pada hari dagangan terakhir minggu lalu.

Produk pengguna menyumbang 73.46 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian (701.61 juta), pembinaan (440.62 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (2.36 bilion), teknologi (190.98 juta), infrastruk­tur (28.35 juta), SPAC (4.86 juta ), kewa

(248.3 juta), hotel (11.32 juta), hartanah (394.18 juta), perlada

(132.99 juta), perlombong­an (180,700), REIT (6.73 juta) dan tertutup (41,800).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia