Berita Harian

Isu China, AS reda lonjak indeks

-

Asia meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan semalam berikutan harapan yang semakin reda dalam ketegangan dagangan Amerika Syarikat (AS) dengan China.

Ia berikutan janji Presiden Donald Trump untuk membantu ZTE Corp kembali kepada operasi perniagaan selepas sekatan AS menjejaska­n syarikat teknologi China itu.

Komen Trump pada Ahad lalu muncul selepas pusingan kedua rundingan dagang antara pegawai rasmi AS dan China minggu ini untuk menyelesai­kan pertikaian dagangan yang semakin meningkat.

Minggu lalu, China mengekalka­n pendiriann­ya bahawa rundingan itu tidak berubah.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun meningkat 0.4 peratus, manakala indeks Nikkei Jepun naik 0.5 peratus.

Indeks Komposit SSE Shanghai naik 0.2 peratus manakala kaunter mewah China naik 0.8 peratus.

Indeks Hang Seng di Hong Kong juga meningkat lebih daripada satu peratus.

Menurut Jpmorgan, fakta ba

Trump kini sedang mencari penyelesai­an bagi ZTE menunjukka­n elemen yang semakin reda dalam hubungan Beijing-washinton.

Ringgit susut

AS berkata, ia akan mengalih sekatan ke atas Pyongyang jika Korea Utare bersetuju untuk menghentik­an sepenuhnya program senjata nuklearnya.

Sementara itu, di Asia, ringgit susut satu peratus dalam tempoh empat bulan berbanding dolar dalam dagangan dalam pesisir pertamanya selepas keputusan Pilihan Raya Umum minggu lalu yang mengejutka­n.

Ia susut berikutan saham Malaysia susut sehingga 2.7 peratus pada satu masa tetapi kembali melonjak untuk meningkat kepada 0.7 peratus.

Veteran politik, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula ke kancah politik untuk mengetuai Pakatan Harapan dan mencatatka­n ke

bersejarah menentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Indeks Nikkei Jepun melonjak 0.5 peratus.
[ FOTO HIASAN ] Indeks Nikkei Jepun melonjak 0.5 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia