Berita Harian

TUN M TERIMA KUNJUNGAN PM SINGAPURA

-

Putrajaya: Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatka­n pertemuann­ya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, sebagai positif ke arah meningkatk­an hubungan dua hala dalam pelbagai aspek.

Dr Wan Azizah yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri, menyifatka­n pertemuan itu sebagai satu penghormat­an buatnya.

“Apa yang kita mahukan adalah hubungan dua hala ini dapat dikekalkan dengan lebih baik, terutama sebagai negara berjiran di rantau ini,” katanya pada sidang media, semalam.

Pertemuan yang berakhir pada jam 1.30 tengah hari itu berlangsun­g di sebuah hotel di sini, turut disertai suaminya yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sahabat lama

Sementara itu, Anwar pada sidang media sama memaklumka­n, pertemuan itu ibarat perjumpaan sahabat lama.

“Dia (Hsien Loong) adalah kawan lama saya ketika saya menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu dan adalah satu penghormat­an dapat berjumpa dengannya dalam usaha meningkatk­an hubungan dua hala,” katanya.

Ditanya perkembang­an terkini projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-singapura dibincangk­an dalam pertemuan itu, Anwar berkata, Hsien Loong menyatakan Singapura mengalu-alukan perbincang­an lanjut dan kerjasama yang lebih baik bersama Malaysia.

“Perkara lanjut akan dibincang pada peringkat Perdana Menteri,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD FADLI HAMZAH / NSTP ] ??
[ FOTO MOHD FADLI HAMZAH / NSTP ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia