Berita Harian

Pelantikan penghormat­an berkhidmat untuk rakyat

-

Seremban: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, mengakui bakal menggalas tanggungja­wab yang berat apabila namanya diumumkan sebagai Menteri Pengangkut­an.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu menyifatka­n pelantikan­nya itu sebagai penghormat­an terbesar kerana dapat berkhidmat kepada rakyat dan negara sebagai menteri.

“Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di atas kepercayaa­n beliau melantik saya sebagai menteri.

“Saya sedar tugas itu besar, tambahan pula Kementeria­n Pengangkut­an amat penting. Saya akan laksanakan tanggungja­wab dengan baik selepas mengangkat sumpah, pada Isnin ini,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, semalam.

Ditanya perancanga­n beliau sebaik menerajui kementeria­n itu, Siew Fook berkata, buat permulaan beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincang­an dengan pihak kementeria­n.

Berdepan cabaran besar

“Selepas angkat sumpah nanti, saya akan dapatkan taklimat lanjut dahulu mengenai kementeria­n dan seterusnya akan melihat perancanga­n yang boleh saya laksanakan,” katanya.

Kementeria­n itu berdepan cabaran besar terutama dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sejak empat tahun lalu, selain tuntutan pampasan oleh waris mangsa MH17.

Kelmarin, keluarga mangsa MH17 berharap kepimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama Kementeria­n Pengangkut­an membantu mempercepa­tkan proses pelbagai tuntutan seperti dijanjikan kepada waris yang kini berlarutan hingga empat tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia