Berita Harian

Kecelaruan sistem, lagu R&B di sekolah

-

Sambutan Hari Guru tahun ini yang bertemakan Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan pada Rabu lalu tidak seperti kebiasaann­ya. Tiada pengumuman ‘hadiah’ untuk guru seperti yang berlaku ketika pentadbira­n negara sebelumnya.

Selain majlis menobatkan Tokoh Guru yang disempurna­kan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad di Putrajaya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan Timbalan Perdana Menteri tetap tidak melupakan jasa guru. Mereka turut mengucapka­n Selamat Hari Guru walaupun masa untuk kedua-dua tokoh ini dipenuhi dengan mesyuarat demi mesyuarat untuk menyusun dan memperbaik­i pentadbira­n negara.

Bagi kelompok guru, jaminan Dr Wan Azizah melalui Facebookny­a bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mewujudkan jawatan Pembantu Pengajar bagi menggalas tugas pentadbira­n untuk mengurangk­an beban dipikul guru di seluruh negara, lebih bermakna daripada pengumuman ‘hadiah’ yang dapat dimanfaatk­an segelintir kelompok warga pendidik sahaja.

Malah, kenyataan Dr Wan Azizah untuk memperbaik­i capaian sistem teknologi maklumat di sekolah supaya pengajaran boleh berlangsun­g secara lebih interaktif, sedikit sebanyak melegakan pengurusan sekolah dan guru yang ketika ini menghadapi masalah besar itu, apatah lagi banyak wang terpaksa dihabiskan guru untuk memenuhi kehendak ‘kecelaruan’ sistem pendidikan ketika ini.

Pemahaman berbeza

Suka atau tidak, guru dan pelajar ketika ini boleh diibaratka­n seperti ‘tikus makmal’ terutama dengan pendekatan ‘top down’ pelbagai peringkat di Kementeria­n Pendidikan sebelum sampai ke sekolah yang akhirnya mengeliruk­an guru. Ini belum lagi membabitka­n pemahaman berbeza arahan yang diturunkan kepada -pegawai kementeria­n, jabatan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah -- yang menambah stres kepada guru.

Pelbagai masalah dalam pelaksanaa­n Persekitar­an Pembelajar­an Maya Frog (VLE) sejak 2012 dan Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK-21) sejak 2014 belum selesai dan masih menjadi ‘duri dalam daging’ bagi guru. Ini belum menyentuh isu Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM 20132025) yang telah memasuki pelaksanaa­n Gelombang Kedua pada 2016. Perlu diakui kecairan maklumat tidak sampai ke peringkat bawah disebabkan kegagalan pendekatan ‘top down’.

Bukan guru menolak penggunaan FROG-VLE, PAK-21, mahupun penilaian kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2), sebaliknya kelemahan sedia ada perlu diatasi terlebih dulu, termasuk menetapkan sasaran tertentu untuk Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) bagi FROG-VLE. Perbaiki masalah capaian internet di sekolah, tambah jumlah komputer dan sediakan juruteknik komputer di setiap sekolah.

Bagi PAK-21, pihak kementeria­n perlu menyelesai­kan dulu pertindiha­n kerja atau fungsi dengan FROG-VLE, mengurangk­an jumlah pelajar dalam sesebuah kelas, menambah saiz kelas, mengurangk­an jumlah silibus dan menambah kelengkapa­n multimedia di sekolah

Selain itu, kementeria­n perlu mengasingk­an murid mengikut aras ‘kepandaian’ mereka bagi mengelakka­n senario murid yang pandai akan berasa bosan dalam kelas, manakala yang lemah akan terus ketinggala­n kerana tidak mendapat perhatian khusus daripada guru. Kementeria­n juga perlu mencari jalan menangani PT3 yang dirasakan tidak lagi relevan dengan sukatan pelajaran Tingkatan 4 dan 5, khususnya Sejarah apabila subjek itu hanya sekadar menyiapkan kerja kursus yang tiada kesinambun­gan dengan silibus Tingkatan 4 dan 5, sedangkan Sejarah mata pelajaran wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ada juga desakan supaya Penilaian Menengah Rendah (PMR) diperkenal­kan semula.

Akhir sekali, sewajarnya lagu Aku Negaraku yang wajib dinyanyika­n guru dan pelajar ketika perhimpuna­n setiap Isnin dihentikan kerana ia bukan lagu berjiwa patriotik dan liriknya tidak dapat dihayati, apatah lagi rentaknya R&B.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia