Berita Harian

Pasarluarb­iasa tarikan global

Masih dominasi urusan jual beli harian di era moden

-

ketika dulu kini terhad sebagai premis jualan barangan dapur, khususnya keperluan memasak sama ada bahan basah seperti sayuran dan ikan atau bahan kering.

Barang unik, luar biasa

Dominasi pusat beli belah yang jauh lebih moden turut mengambil alih fungsi dimainkan pasar, menyebabka­n ia bukan lagi satu institusi lambang kemegahan sektor perdaganga­n setempat.

Namun begitu di beberapa negara, pasar masih mendominas­i urusan jual beli seharian, malah di sesetengah kawasan, ia turut membabitka­n penjualan barang-barang unik dan luar biasa.

membawa pembaca mengenali beberapa pasar luar biasa yang terdapat di seluruh dunia. Freitag adalah jenama sebuah beg bimbit yang diasaskan pasangan adik beradik, Markus dan Daniel Freitag di Zurich, Switzerlan­d. Diperbuat dari bahan kitar semula seperti tiub basikal, tali pinggang keledar dan kanvas kalis air, setiap rekaan hanya dihasilkan seunit, menjadikan ia satu koleksi eksklusif untuk semua pelanggan. Jenama ini memiliki cawangan di beberapa bandar utama Eropah termasuk, Hamburg,jerman dan Davos, Switzerlan­d namun tarikan utama semestinya di Zurich yang menampilka­n konsep luar dari kebiasaan.

Sesuai dengan namanya, Kedai Kontena Freitag dibina di atas susunan bertingkat 17 kontena, membentuk sebuah bangunan setinggi 25 meter, iaitu ketinggian menyamai sebuah bangunan di Zurich. Menurut Daniel, idea untuk membina 'menara kontena' itu diilhamkan oleh sejarah kewujudan jenama Freitag sendiri. Turut dikenali sebagai 'El Mercado de las Brujas' atau La Hechiceria dalam dialek tempatan, pasar ini menjadi lokasi tumpuan pelancong dan terletak di Cerro Cumbre, kawasan lereng bukit di La Paz, Bolivia. El Mercado bukan pasar konvension­al, sebaliknya ia bagaikan tempat berhimpun segala pawang dan dukun di Bolivia, masing-masing memperagak­an kehebatan dan keunikan ilmu sihir yang dipelajari, malah turut menawarkan khidmat menjual ilmu itu kepada pelanggan.

Pasar ini dikendalik­an sepenuhnya golongan pawang berkenaan atau turut dikenali sebagai ‘yatiri’ dalam kalangan penduduk setempat dan ia adalah lokasi utama penjualan pelbagai jenis barangan diperlukan untuk ritual ilmu sihir tradisiona­l masyarakat negara itu. Posyen, katak kering, tumbuhan herba seperti 'retama' dan tenggiling antara produk ilmu sihir sering kelihatan dijual di El Mercado, manakala janin llama yang sudah dikeringka­n adalah bahan paling popular. Ia dipercayai menyuburka­n tanaman serta melindungi penduduk dari ancaman gempa bumi.

 ??  ?? BH
BH
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia