Berita Harian

Djokovic, Nadal bertembung lagi

Pertarunga­n ke-51 janjikan aksi menarik pada saingan separuh akhir

-

Novak Djokovic menempah pertembung­an separuh akhir Terbuka Itali menentang seteru lamanya, Rafael Nadal selepas keduadua bekas pemain nombor satu dunia itu bangkit pada saingan lapan terakhir, awal pagi semalam.

Pemain Serbia itu bangkit menewaskan Kei Nishikori 2-6, 6-1, 6-3 manakala pilihan utama Nadal meneruskan dominasi di gelanggang tanah liat dengan kemenangan 4-6, 6-1, 6-2 mengatasi pemain Itali, Fabio Fognini.

Djokovic, diletakkan sebagai pilihan ke-11 selepas masalah siku dialaminya, menewaskan pemain utama Jepun itu buat kali ke-12 berturut-turut.

Saling berbalas pukulan

“Ia perlawanan menakjubka­n, kami saling berbalas hingga pukulan terakhir. Dia memulakann­ya dan sangat bagus hingga penamat,” kata Djokovic yang akan berdepan Nadal buat kali ke-51 dan memegang kelebihan tipis 26-24.

Nadal menewaskan Djokovic pada pertembung­an terakhir mereka pada Mei 2017 di separuh akhir Madrid dan pemain Serbia itu akan membalas dendam selepas menang tujuh kali berturut-turut sebelum itu.

“Kita akan lihat esok (hari ini). Saya tidak banyak bermain sejak enam bulan lalu,” kata Djokovic yang mara ke separuh akhir buat kali terakhir di Eastbourne pada Wimbledon 2017.

“Secara fizikal saya OK. Saya hanya perlu sedikit rehat dan kemudian bermain dan memberikan semua yang saya ada.”

Pilihan kedua, Nadal perlu meningkatk­an permainann­ya untuk meraih gelaran kelapan di Foro Italico hari ini dan kembali ke kedudukan teratas dunia, selepas Roger Federer mengambil alih kedudukan itu minggu lalu. AFP

 ??  ?? Novak Djokovic meraikan kemenangan pada perlawanan suku akhir menentang Kei Nishikori dari Jepun
Novak Djokovic meraikan kemenangan pada perlawanan suku akhir menentang Kei Nishikori dari Jepun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia