Berita Harian

Zidane pening pilih pemain

-

Madrid: Zinedine Zidane mengakui dia sukar membuat pilihan selepas mendedahka­n dilema besar dihadapi apabila seluruh skuadnya cergas bagi menghadapi dua perlawanan terakhir musim Real Madrid.

Los Blancos berdepan Villarreal dalam perlawanan terakhir La Liga awal pagi ini sebelum berdepan Liverpool pada saingan Liga Juara-juara, Sabtu depan di ibu kota Ukraine, Kiev.

Zidane ada sedikit kebimbanga­n mengenai kecergasan Cristiano Ronaldo dan Dani Carvajal, namun selepas kedua-duanya dilaporkan cergas, pengendali dari Perancis itu kini memiliki skuad terbaik tetapi mengeluh kerana ada terlalu banyak pilihan.

“Saya ada 24 pemain dan pening. Maaf saya tidak boleh cari perkataan lain, kerana ada pemain akan kekal di Madrid dan ada yang tidak bersama kami dalam dua aksi terakhir. Itu antara paling sukar buat saya,” katanya.

Ronaldo tampak berada pada prestasi terbaik ketika dia berlatih di ibu negara Sepanyol itu, kelmarin bersama keseluruha­n skuad.

Terlepas dua perlawanan

Penyerang berusia 33 tahun itu terlepas aksi Sabtu lalu ketika pasukannya menang 6-0 mengatasi Celta Vigo dan kemenangan 3-2 menewaskan Sevilla dalam perlawanan sebelumnya kerana kecederaan pergelanga­n kaki dialami ketika seri 2-2 berdepan Barcelona awal bulan ini.

Pemenang lima kali Ballon d’or itu mengalami kecederaan selepas 17 minit menentang Barcelona sejurus selepas dia menyamakan kedudukan 1-1 selepas bertembung dengan pertahanan Barca, Gerard Pique dan digantikan selepas rehat.

Bagaimanap­un bintang Portugal itu kembali mendapat kecergasan dan menyasarka­n untuk membawa Real meraih gelaran ketiga berturuttu­rut dalam Liga Juara-juara.

Zidane enggan mengakui pertembung­an dengan Villarreal adalah latihan buat pertembung­an besar peringkat Eropah berdepan skuad kendalian Jurgen Klopp.

“Mereka memang pasukan yang amat berbeza. Villarreal bermain dari belakang, itu bukan cara Liverpool bermain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia