Berita Harian

Cubaan seludup 18 tong gas bersubsidi gagal

Suspek warga tempatan dipercayai cuba bawa keluar barang kawalan ke Pulau Sebatik, ditahan

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Cubaan seorang warga tempatan menyeludup keluar 18 tong gas bersubsidi gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan perairan Tinagat dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, suspek yang berusia 33 tahun dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan berkenaan ke Sungai Nyamuk, Pulau Sebatik di Indonesia.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, berkata tangkapan dilakukan selepas sepasukan anggota PPM yang melakukan rondaan Op Gelora terserempa­k dengan bot suspek menuju Sungai Nyamuk dari arah Tinagat.

Tiada lesen

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati, suspek membawa 18 tong gas bersubsidi tanpa mempunyai sebarang dokumen kebenaran atau lesen daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Kes disiasat mengikut Akta Bekalan 1961 yang dibaca bersama perkara 3 (1) Peraturan-peraturan 1974,” katanya dalam satu ke- nyataan, semalam.

Hazani berkata, suspek bersama bot dan semua barang rampasan dibawa ke pangkalan PPM daerah di sini, untuk tindakan lanjut.

Katanya, ESSCOM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia akan memperketa­tkan kawalan keselamata­n, terutama di kawasan laluan penjenayah rentas sempadan bagi mengekang aktiviti itu berlaku di kawasan ESSZONE.

 ?? [ IHSAN PPM ] ?? Suspek warga tempatan ditahan Pasukan Polis Marin ketika cuba menyeludup keluar tong gas memasak (LPG) di kawasan perairan Tinagat, Tawau.
[ IHSAN PPM ] Suspek warga tempatan ditahan Pasukan Polis Marin ketika cuba menyeludup keluar tong gas memasak (LPG) di kawasan perairan Tinagat, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia