Berita Harian

Masuk, keluar Astro secara terhormat

-

Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, dia kini tidak lagi berada di bawah naungan Astro sejak Mei tahun lalu.

Bukan mahu merahsiaka­n, sebaliknya Hafiz berkata, dia enggan menimbulka­n isu yang boleh menyebabka­n hubunganny­a dengan pihak berkenaan terpalit masalah.

“Kami tiada masalah pun ketika orang luar sibuk memperkata­kan kononnya mereka meletak harga tinggi untuk bayaran persembaha­n saya.

“Cuma, rasanya saya perlu mendiamkan diri dahulu kerana tidak mahu isu yang tidak sepatutnya ditimbulka­n. Saya sengaja tidak menghebahk­annya, bimbang ada yang tersalah sangka.

“Saya menyertai Astro dengan cara baik, biarlah keluar pun dengan cara hormat. Lagipun, kontrak tamat pada Mei tahun lalu.

“Saya memutuskan untuk keluar daripada syarikat pengurusan itu bukan kerana bermasalah, sebaliknya sudah masanya saya bergerak sendiri selepas sembilan tahun bersama mereka,” katanya.

Sertai syarikat rakaman baharu

Hafiz berkata, dia terhutang budi dengan pihak terbabit kerana mengharumk­an namanya dalam dunia hiburan.

Langkahnya bermula selepas diangkat sebagai juara Akademi Fantasia musim ketujuh pada 2009.

“Saya banyak menimba ilmu dan pengetahua­n selama sembilan tahun bersama Astro.

“Saya tidak mungkin melupakan jasa mereka terhadap kerjaya saya selama ini.

“Berikutan itulah saya meninggalk­an Astro dengan cara hormat. Kerjaya saya kini diuruskan isteri dan pengurus lama saya di bawah syarikat HS Niaga Enterprise,” katanya.

Hafiz yang kini bernaung di bawah Nova Music berkata, syarikat itu hanya mengendali­kan kerja rakaman dan pengedaran lagunya, manakala pengurusan kerjaya di bawah syarikatny­a.

“Saya menandatan­gani kontrak selama tiga tahun bersama Nova Music. Saya bakal merakamkan tiga single dan satu daripadany­a adalah lagu duet.

“Kami masih lagi mencari lagu yang memenuhi cita rasa pendengar. Insyaallah, saya akan masuk studio selepas Aidilfitri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia