Berita Harian

Ahli akademik perlu berani nyata kebenaran

-

Akademik di negara membangun dikritik sesetengah pihak sebagai kurang berani menghujah kebenaran walaupun bersandark­an ilmu yang objektif sifatnya, misalnya dapatan kajian saintifik yang melalui proses saintifik yang berkredibi­liti dan boleh divalidasi­kan.

Inilah yang membezakan hujah akademik dan hujah individu yang tidak terbabit dalam bidang ini. Dalam masa yang sama, ada yang cemerlang membina diri sebagai intelek, satu martabat yang bukan ramai menikmatin­ya, yang juga datang dengan tanggungja­wab yang tidak kecil.

Ramai mengakui bahawa kebanyakan intelek belum berani menyatakan kebenaran kerana takutkan golongan pentadbir akademik. Ini merunsingk­an dan menggugat peranan golongan intelek yang sebenar. Ini juga menggambar­kan seolah-olah golongan bijak pandai sendiri tidak begitu faham peranan mereka kepada masyarakat.

Pandangan ini sebenarnya memanggil golongan pemikir untuk memikirkan kembali (revisiting) apa sebenarnya peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan kepada masyarakat, seterusnya peranan universiti.

Kembali kepada asas

Beberapa perkara asas perlu difahami sebelum dapat kita fahaminya supaya tidak terlihat sebagai satu bentuk provokasi, tetapi lebih kepada perbincang­an yang meluaskan pandangan dan kembali kepada asas iaitu memahami peranan masing-masing.

Pertama, siapakah pendidik, sarjana dan intelek dan apakah peranan mereka?

Kedua, mengapa mereka perlu faham dan memainkan peranan mereka?

Ketiga, apakah impak jika peranan ini dimainkan?

Contoh pendidik yang paling mudah ialah guru. Mereka menyampaik­an maklumat serta mendidik dalam bentuk utama iaitu pengajaran dan pembelajar­an.

Sarjana pula ialah pakar dalam sesuatu bidang, pengetahua­nnya amat menjurus kepada bidang kajiannya, misalnya pakar bidang kimia atau pakar agama.

Golongan intelek pula, iaitu jika ada ukurannya, ialah golongan tertinggi dalam golongan pendidik, golongan ilmuan yang bukan hanya mempunyai pengetahua­n dalam bidang kepakaran, tetapi mempunyai ilmu yang luas dan dijadikan rujukan umum, ketika berlakunya sesuatu isu dalam masyarakat atau masalah buntu yang memerlukan cadangan penyelesai­an.

Golongan ini terbabit dengan pemikiran kritikal, kajian dan refleksi tentang sesebuah masyarakat.

Soal tanggungja­wab intelek pernah dibincangk­an oleh ahli falsafah seperti Frederick Schmitt dan Noam Chomsky. Chomsky misalnya meletakkan tanggungja­wab orang intelek ialah mencari kebenaran dan membongkar pembohonga­n.

Campur tangan

Membongkar pembohonga­n ini merangkumi semua aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Namun, hal ini nampaknya tidak mudah walau di ceruk dunia manapun.

Bekas Naib Canselor dan Presiden Universiti Hong Kong, universiti tertua di Hong Kong, Peter Mathieson secara terbuka pada 8 Januari 2018 tidak menafikan wujud pengaruh politik yang kuat dalam pentadbira­n universiti berkenaan dalam akhbar South China Morning Post.

Dalam hal ini, jika setiap daripada kita memahami peranan masing-masing, ia membentuk masyarakat yang peka dan berfikir

serta saling membangunk­an negara melalui ilmu yang jelas lagi objektif.

Golongan intelek, yang pastinya dalam praktis dan amalannya memenuhi apa yang dikenali sebagai intellectu­al rigour dan intellectu­al honesty.

Dia cemerlang dalam menyatakan pendapatny­a yang jelas dengan berguna kepada masyarakat, dan membuatkan masyarakat juga cemerlang berfikir, yang memberi kejujuran dalam amalan intelektua­lnya.

Pusat pemikiran

Barulah seterusnya kita akan berupaya melihat perbezaan antara sekolah dengan universiti dan peranan jelas yang dimainkan oleh golongan yang secara umumnya dikenali sebagai ‘pendidik’.

Barulah universiti boleh menjadi pusat yang bukan hanya mengajar dan melahirkan graduan, tetapi juga pusat pemikiran, yang menjangkau batasan sistem dan ideologi, sebagaiman­a penerima terkini Anugerah Tokoh Akademik Negara, Tan Sri Dzulkifli Abd Razak yang melihat Allahyarha­m Shahnon Ahmad sebagai intelek yang bercakap tanpa rasa takut mahupun memihak, dalam kolumnya di akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Dengan pemikiran sebeginila­h, barulah universiti mampu menjadi pusat pemikiran yang berhujah berteraska­n kajian empirikal yang menghasilk­an ilmu objektif untuk dimanfaatk­an semua, dengan integriti akademik yang asli, tanpa rasa takut dan membisukan diri, apabila diperlukan kerana takut periuk nasi terjejas.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ahli akademik perlu lebih berani melontarka­n idea, pandangan dan kebenaran demi kebaikan serta manfaat pelbagai pihak.
[FOTO HIASAN] Ahli akademik perlu lebih berani melontarka­n idea, pandangan dan kebenaran demi kebaikan serta manfaat pelbagai pihak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia