Berita Harian

ROBERT KUOK KEMBALI KE MALAYSIA MINGGU INI

Ahli perniagaan berpengala­man luas pelbagai bidang

-

Ahli perniagaan terkemuka, Robert Kuok, dijangka tiba di ibu negara minggu ini bagi menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dalam temu bual eksklusif bersama Nanyang Siang Pau.

Daim berkata, menerusi perbualan telefonnya dengan Kuok, ahli perniagaan itu mengesahka­n akan tiba minggu depan.

“Kuok mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam bidang perniagaan dan kewangan. Beliau juga mengetahui selok-belok dalam industri komoditi, hartanah, hotel dan pelanconga­n.

“Sehubungan itu, cadanganny­a penting. Saya anggap beliau seorang yang serba boleh,” kata Daim.

Kuok dinamakan antara lima anggota dalam majlis berkenaan, dua hari selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbira­n kerajaan daripada Barisan Nasional.

Menetap di Hong Kong

Daim juga memaklumka­n Kuok yang menetap di Hong Kong tidak akan lama di Malaysia.

Katanya, sepanjang ketidakhad­iran Kuok, Pengerusi Kumpulan PPB Bhd, Tan Sri Oh Siew Nam akan menggantik­annya.

Selain Daim dan Kuok, tiga lagi majlis itu ialah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden PETRONAS, Tan Sri Mohd Hassan Merican dan pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram.

Majlis itu setakat ini sudah mengumumka­n penubuhan dua jawatankua­sa bagi melakukan reformasi institusi kerajaan, serta 1MDB.

Kuok mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam bidang perniagaan dan kewangan” Daim Zainuddin, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia