Berita Harian

PM JUMPA WARGA JPM HARI INI

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad buat julung kalinya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Perdana Menteri dijadualka­n tiba di Dataran Perdana jam 8.30 pagi dan menyampaik­an amanat kepada warga JPM pada perjumpaan bulanan bagi Mei.

Ia berdasarka­n nota jemputan kepada media yang dikeluarka­n Unit Komunikasi Korporat, JPM, Jumaat lalu.

Mula tugas di Perdana Putra

Ini kali pertama Dr Mahathir memasuki Perdana Putra selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh pada 11 Mei lalu, berikutan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan pertemuan pertamanya secara rasmi dengan penjawat awam.

Sebelum ini, semua mesyuarat dan pertemuan dengan pemimpin luar negara, termasuk bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Presint 8 di sini.

Dr Mahathir dijangka mula bertugas di pejabatnya di Perdana Putra, minggu ini, seperti yang dimaklumka­n beliau sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia