Berita Harian

NAJIB LAPOR POLIS UNTUK LINDUNGI DIRI, KELUARGA

Kempen agresif PH burukkan pimpinan, cipta persepsi negatif

- Oleh Nik Sukry Ramli dan TN Alagesh

Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah disebabkan kempen agresif Pakatan Harapan (PH) memburukka­n pucuk pimpinan sebelum ini dengan menyebarka­n fakta mengeliruk­an mengenai keadaan ekonomi negara.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau antara sasaran pimpinan PH yang diserang dengan pelbagai fitnah bagi mencipta persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

“Saya tidak berasakan begitu terkilan dengan kekalahan kita (BN) dalam PRU-14 yang lalu. Rakyat sudah membuat pilihan dan kita akur dengan keputusan itu.

“Cuma apa yang saya sedih, ia (kekalahan) adalah disebabkan kempen memburuk-burukkan pemimpin BN, terutama saya dan keluarga paling teruk diserang dengan bermacam dakwaan (tuduhan).

“Selain itu, mereka (PH) juga menawarkan janji yang sangat menarik, janjikan bulan dan bintang, janji yang tidak boleh ditepati pun, tapi, itulah (yang rakyat) suka dengar dan akhirnya, rakyat membuat pilihan dengan memilih mereka,” katanya.

Perkara di luar jangkaan

Bekas Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Serentak Persidanga­n Tahunan Cawangan dan Sayap-sayap UMNO Bahagian bagi Tahun 2018 di Dewan Amphitheat­re, Bangunan UMNO Bahagian Pekan, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Abu Bakar Harun; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Zalmah Abd Rahman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Datuk Shaharuddi­n Ahmad.

Kira-kira 1,000 pimpinan dan ahli UMNO Bahagian hadir pada majlis berkenaan.

Najib turut mengulangi kenyataan bahawa apa yang berlaku sepanjang minggu lalu adalah perkara di luar jangkaan semua pihak, termasuk dakwaan kononnya beliau mencuri duit rakyat.

Katanya, tindakan kerajaan ketika ini yang mendakwa akan melaksanak­an Rule of Law’ sepenuhnya adalah tidak sejajar dengan tindakan mereka terhadap beliau dan ahli keluargany­a.

“Mulanya mereka cakap nak ikut Rule of Law’, tetapi, tuan puan pun tahu (lihat) apa yang saya dan isteri serta ahli keluarga lalui, mereka melakukan pemeriksaa­n dalam rumah saya, rumah anak saya, semuanya mereka angkut (sita), hadiah kahwin anak saya pun mereka ambil, kasut cucu pun mereka ambil, apa maksudnya ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Najib disambut orang ramai ketika hadir pada Perasmian Serentak Persidanga­n Tahunan Cawangan dan Sayap-sayap UMNO Bahagian di Pekan, semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Najib disambut orang ramai ketika hadir pada Perasmian Serentak Persidanga­n Tahunan Cawangan dan Sayap-sayap UMNO Bahagian di Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia