Berita Harian

LAPAN PETI BESI DI SERI PERDANA DIBUKA TETAPI KOSONG

Siasatan polis kini bertumpu di beberapa premis sekitar Putrajaya, Kajang, Kuala Lumpur

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

Lapan peti besi di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, dipercayai milik Datuk Seri Najib Razak, berjaya dibuka oleh pasukan polis, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mengesahka­n peti besi berkenaan dibuka dengan bantuan dua tukang kunci.

Katanya, proses membuka peti besi terbabit bermula jam 12.21 tengah hari Jumaat lalu dan selesai jam 3 pagi kelmarin.

“Pada jam 3 pagi semalam (kelmarin), polis dengan kerjasama dua tukang kunci berjaya membuka lapan peti besi berkenaan,” katanya kepada NSTP, semalam.

Difahamkan, pemeriksaa­n terhadap semua lapan peti besi berkenaan tidak menemui barangan atau wang tunai.

Polis cari bukti

Siasatan polis kini dipercayai merangkumi beberapa premis lain sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Kajang bagi mencari bukti siasatan berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Semalam, tujuh kenderaan rasmi polis dilihat keluar dari Kompleks Sri Perdana kira-kira jam 4.20 petang.

Kehadiran anggota polis itu dipercayai bagi menyiasat lapan peti besi milik Najib yang berada di kediaman rasmi Perdana Menteri.

Pasukan JSJK membabitka­n 10 pegawai dan anggota memasuki kompleks itu secara berperingk­at mulai jam 12.21 tengah hari hingga jam 1.10 tengah hari kelmarin.

Pada jam 3 pagi semalam (kelmarin), polis dengan kerjasama dua tukang kunci berjaya membuka lapan peti besi berkenaan” Amar Singh Ishar Singh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Kenderaan polis keluar selepas dipercayai membuat pemeriksaa­n peti besi di pintu masuk utama Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Kenderaan polis keluar selepas dipercayai membuat pemeriksaa­n peti besi di pintu masuk utama Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia