Berita Harian

KIT SIANG SENDIRI TIDAK MAHU JAWATAN DALAM KABINET

-

Kuala Lumpur: Selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumka­n fasa pertama Kabinet pada Jumaat lalu, antara persoalan yang timbul adalah ketiadaan Ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang, dalam senarai.

Bagaimanap­un, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dipetik akhbar China Press sebagai berkata, tidak mahu dilantik dalam Kabinet baharu itu.

“DAP mempunyai bakat mencukupi dalam barisan (Kabinet) menteri yang baharu,” katanya selepas program penghargaa­n kepada pengundi di Skudai.

Kit Siang berkata, hasratnya untuk tidak dilantik sebagai menteri sudah dimaklumka­n lebih awal, namun memberi jaminan untuk terus menggesa pembaharua­n ke arah menjadikan Malaysia negara lebih baik.

DAP ada 4 wakil menteri

Setakat ini, DAP mempunyai empat wakil dalam barisan 13 menteri iaitu Setiausaha DAP, Lim Guan Eng, di Kementeria­n Kewangan; Anthony Loke (Kementeria­n Pengangkut­an); Gobind Singh Deo (Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia) serta M Kulasegara­n (Kementeria­n Sumber Manusia).

Dr Mahathir sebelum ini mengumumka­n Kabinet awal membabitka­n kementeria­n utama dan akan disusuli beberapa kementeria­n lain.

Ditanya mengenai operasi penggeleda­han polis yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Kit Siang berkata, polis perlu mengkaji semula prosedur standard operasi (SOP).

“SOP itu perlu merangkumi semua orang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia