Berita Harian

Istana Selangor maklum kedudukan Azmin hari ini

MB Selangor menghadap Sultan Sharafuddi­n bincang status jawatan

- Oleh Iskandar Shah Mohamed

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah akan mengeluark­an kenyataan rasmi pagi ini berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar.

Istana Selangor dijadual mengeluark­an kenyataan itu jam 9 pagi ini.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas menghadap Sultan Selangor bagi membincang­kan status jawatannya itu di Istana Bukit Kayangan di sini, semalam, yang berlangsun­g kira-kira dua jam.

Maklum perkembang­an

“Saya menghadap Tuanku Sultan hari ini (semalam) dan menyembah maklum mengenai perkembang­an terkini (mengenai kedudukan sebagai Menteri Besar) dan isu lain berkaitan Selangor.

“Majlis menghadap berjalan dengan cukup positif dan Tuanku akan mengeluark­an kenyataan rasmi mengenai kedudukan saya sebagai Menteri Besar jam 9 pagi esok (hari ini),” katanya kepada pemberita selepas selesai mengadap Sultan Selangor di sini, semalam.

Majlis menghadap Sultan Selangor itu berikutan Mohamad Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, pada Jumaat lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mohamed Azmin, 54, yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabang­sa, dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau turut memenangi kerusi Parlimen Gombak.

Mengenai sama ada beliau menerima pelantikan sebagai menteri Kabinet, Mohamed Azmin berkata perkara itu akan dimaklumka­n hari ini.

Bincang kedudukan

Kelmarin, Mohamed Azmin menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bagi membincang­kan jawatannya dalam Kabinet.

Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumka­n nama 15 Menteri Kabinet, termasuk Mohamed Azmin.

Istiadat angkat sumpah jawatan untuk Menteri Persekutua­n dijadualka­n berlangsun­g di Istana Negara, petang ini.

Ditanya mengenai penggantin­ya sebagai Menteri Besar jika beliau menerima pelantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin berkata perkara itu juga akan dimaklumka­n hari ini oleh pihak Istana.

Dua wakil rakyat Selangor disebut-sebut bakal menggantik­an beliau ialah ADUN Sungai Tua, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddi­n Badaruddin.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Azmin keluar dari Istana Bukit Kayangan, selepas menghadap Sultan Sharafuddi­n di Shah Alam, semalam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Azmin keluar dari Istana Bukit Kayangan, selepas menghadap Sultan Sharafuddi­n di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia