Berita Harian

Janji 100 hari fokus utama PH: Guan Eng

Kerajaan kemudian tumpu isu lain, pemansuhan konsesi tol

- Oleh Mohamed Basyir m.basyir@nst.com

Kerajaan kini memberi keutamaan untuk menunaikan janji 100 hari selepas berjaya mengambila­lih pentadbira­n negara, kata Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, selepas melaksanak­an janji berkenaan, kerajaan akan memberi fokus kepada perkara lain termasuk berkaitan pe- mansuhan konsesi tol.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang mengumpul penyata kewangan negara untuk diteliti.

“Kita perlu mempertimb­angkan penyata kewangan yang kita ada ini adalah benar dan beberapa kajian serta semakan perlu dilakukan untuk pengesahan­nya.

“Kita perlu berhati-hati dan mengumpul penyata kewangan terlebih dahulu. Itu lebih penting untuk masa sekarang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) dalam manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyatakan akan memansuhka­n konsesi tol termasuk di Jambatan Pulau Pinang.

Mengenai perkembang­an dua pertuduhan rasuah dihadapiny­a, Guan Eng menyerahka­n kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan.

Tunggu keputusan mahkamah

“Saya ingin tekankan bahawa ia adalah pertuduhan berasaskan politik dan tiada asas bagi kes terbabit. Bagaimanap­un, biarkan mahkamah yang membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng berkata tiada sebarang pertindiha­n tugas di antara Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dan Kementeria­n Kewangan.

“Saya rasa tidak, Kementeria­n Kewangan seperti biasa Kementeria­n Kewangan. Saya rasa di Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi adalah dasar seperti yang telah dibuat sebelum ini di bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri),” katanya yang diminta mengulas berkenaan dua portfolio berkenaan.

Minggu lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n nama sembilan lagi anggota Parlimen PH yang dilantik sebagai Menteri Persekutua­n, termasuk Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Guan Eng bagaimanap­un berkata jawatan berkenaan terpulang kepada Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor untuk menerima jawatan itu.

“Ini pun terpulang kepada Datuk Seri Azmin lah... beliau pun ada hubungi saya semalam (kelmarin)... beliau belum membuat keputusan lagi sama ada hendak terima atau hendak lepaskan jawatan menteri besar, jadi kita tunggu keputusan beliau,” katanya.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Guan Eng pada sidang media ketika hadir pameran replika roket dan kenderaan angkasa milik negara China di Tech Dome Pulau Pinang, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Guan Eng pada sidang media ketika hadir pameran replika roket dan kenderaan angkasa milik negara China di Tech Dome Pulau Pinang, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia