Berita Harian

Siasatan terhadap Najib dibuat secara adil, bebas

Anwar minta semua pihak tidak jatuhkan hukuman ke atas bekas PM

-

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd, akan dilakukan secara adil dan bebas.

Anwar meminta semua pihak tidak menjatuhka­n hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu sebelum siasatan rapi dan pelaksanaa­n undang-undang dipatuhi sepenuhnya.

Namun nasihatnya kepada Najib: “Kepada beliau (Najib) nasihat saya, cari peguam bela yang baik,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Indonesia Bacharuddi­n Jusuf Habibie, bersempena sambutan 20 tahun reformasi Indonesia di sini, semalam.

Anwar yang mendapat pengampuna­n daripada Yang dipertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu, berharap apa juga siasatan terhadap Najib akan dilakukan secara adil dan bebas.

Pengampuna­n penuh Anwar dibentang dan dipertimba­ngkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampuna­n bagi Wilayah-wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan selaras dengan Perkara 42 Perlembaga­an Persekutua­n.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutua­n mengekalka­n keputusan bersalah atas sabitan meliwat.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Seri Azam Baki sebelum ini berkata

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Anwar mengunjung­i BJ Habibie sempena Ulang Tahun Ke-20 Reformasi Indonesia di kediaman bekas Presiden Indonesia itu di Jakarta, semalam.
[FOTO REUTERS] Anwar mengunjung­i BJ Habibie sempena Ulang Tahun Ke-20 Reformasi Indonesia di kediaman bekas Presiden Indonesia itu di Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia