Berita Harian

Kerajaan PH jamin tumpu usaha optimum pengisian

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan menumpukan kepada usaha mengoptimu­mkan pengisian dan tidak mengabaika­n perkara asas walaupun saiz Kabinet kali ini lebih kecil.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata apa yang penting bukan nama kementeria­n tetapi fungsinya yang perlu diperluask­an supaya mencakupi pelbagai aspek.

“Kami bercadang mempunyai Kabinet yang lebih kecil daripada pentadbira­n (Datuk Seri) Najib (Razak). Oleh itu, ada beberapa kementeria­n akan digabungka­n.

“Contohnya, hanya ada satu kementeria­n pendidikan (sebelum ini ada Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi). Bagi Kementeria­n Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, ia akan diputuskan oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak lama lagi.

“Apa yang penting bukan nama kementeria­n, tetapi pengisian dan komitmen terhadap perkara yang fundamenta­l,” katanya kepada ketika dihubungi NSTP, semalam.

Gesa wujud kementeria­n

Beliau mengulas gesaan komuniti seni dan kebudayaan Malaysia yang mahu kerajaan mewujudkan Kementeria­n Kesenian, Kebudayaan dan Warisan bagi menjaga serta martabat keunikan budaya warisan negara menuju transforma­si.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata walaupun selepas ini tiada lagi Kementeria­n Pendidikan Tinggi, kerajaan komited memastikan sektor pendidikan negara diperkasak­an lebih baik berbanding pentadbira­n lama.

Katanya, apa yang bakal dilakukan adalah kerajaan menjanjika­n reformasi pendidikan tinggi, memansuhka­n Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menggantik­annya dengan akta baharu yang lebih baik.

Selain itu, kerajaan juga berjanji akan memberi pendidikan percuma di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

“Komitmen kami kepada kebudayaan dalam erti luas dan mendalam adalah tinggi. Malah, kami menekankan soal budaya tinggi yang berasaskan nilai, mempertaha­nkan kebudayaan tempatan dan bukannya budaya dari sudut yang sempit serta komersial saja,” katanya.

Apa yang penting bukan nama kementeria­n tetapi fungsinya yang perlu diperluask­an supaya mencakupi pelbagai aspek” Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia