Berita Harian

Jawatankua­sa teliti terma siasatan

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang ditubuhkan Jumaat lalu, masih dalam peringkat menentukan terma dan syarat berkaitan siasatan yang bakal dijalankan.

Pengerusin­ya, Tan Sri Abu Talib Othman, berkata terlalu awal untuk mengulas lanjut status jawatankua­sa itu kerana ia baharu saja ditubuhkan.

“Jawatankua­sa ini baharu saja ditubuhkan Jumaat lalu, ia masih baharu... jadi beri masa dan tunggu,” katanya dihubungi semalam.

Tubuh jawatankua­sa

Jumaat lalu, Majlis Penasihat Kerajaan menubuhkan jawatankua­sa itu untuk menyiasat urusan berkaitan 1MDB.

Empat lagi anggota jawatankua­sa berkenaan ialah Rakan PWC Risk Assurance Services, Nik Shahrizal Sulaiman; Rakan Kanan Naqiz & Partners, Syed Naqiz Shahabuddi­n Syed Abdul Jabbar; Penasihat Kanan Financial Services Authority Indonesia, Faris Rabidin dan Pengasas Pusat Bagi Menangani Rasuah dan Kroni, Cynthia Gabriel.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan dilaporkan berkata, bagi kes membabitka­n 1MDB akan ada pasukan petugas khas dibentuk yang akan mengemukak­an laporan kepada majlis itu sebelum diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

Terlalu awal untuk mengulas lanjut status jawatankua­sa itu kerana ia baharu saja ditubuhkan. Jawatankua­sa ini baharu saja ditubuhkan Jumaat lalu, ia masih baharu... jadi beri masa dan tunggu” Abu Talib Othman, Pengerusi Jawatankua­sa Siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad

 ??  ?? Keratan akhbar BH Sabtu lalu.
Keratan akhbar BH Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia