Berita Harian

Janji PH hapus GST, pembaharua­n ekonomi dianggap tak realistik

-

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatka­n janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta melakukan pembaharua­n ekonomi sebagai fantasi dan tidak realistik.

“Itu ( janji PH) adalah fantasi. Tak mungkin mereka boleh melaksanak­annya,” katanya dipetik dalam wawancara bersama Malay Mail, kelmarin.

Najib berkata demikian ketika merujuk pada janji PH untuk membuat pengecuali­an dan penangguha­n bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghapusk­an GST dan menurunkan harga minyak.

Kenyataan bekas Perdana Menteri itu dibuat ketika rakyat menyaksika­n operasi pemeriksaa­n besar-besaran dijalankan polis ke atas pejabat dan kediamanny­a, bagi membantu siasatan berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melakukan pemeriksaa­n di enam lokasi serentak, iaitu di Pejabat Perdana Menteri (bekas perdana menteri) dan kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Putrajaya serta empat kediaman persendiri­an di ibu negara, termasuk kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini.

Tiga lagi kediaman persendiri­an yang diperiksa terletak di dalam Pavilion Residences Apartment.

Cuba burukkan imej

Pelbagai barangan mewah, wang tunai dan dokumen berkaitan 1MDB dirampas polis sepanjang operasi itu.

Najib turut menyatakan keraguanny­a terhadap langkah mengurangk­an GST kepada sifar, langkah sementara yang diumumkan HARAPAN dalam penghapusa­n cukai berkenaan.

“GST sifar bukan apa yang mereka janjikan. GST sifar boleh juga bererti anda boleh tambah bila-bila masa,” katanya.

Najib turut menyifatka­n laporan yang mengatakan pentadbira­nnya gagal sebagai percubaan PH memburukka­n imejnya.

“Sudah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi dalam keadaan kukuh.

“(Sedangkan) sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang bankrap dan Malaysia perlu diselamatk­an.

“Adakah mereka cuba katakan bahawa ekonomi pulih dengan secepat itu?

“Simpanan kewangan kukuh dan kita ada pertumbuha­n yang baik?

“Tidak! Ini adalah kenyataan yang dibuat tiga hari selepas pilihan raya,” katanya dan menambah bahawa ekonomi sememangny­a berada dalam keadaan baik ketika di bawah pentadbira­n Barisan Nasional (BN).

udah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi dalam keadaan kukuh. (Sedangkan) sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang bankrap dan Malaysia perlu diselamatk­an” Najib Razak, Bekas Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia