Berita Harian

Bekas PM mohon perlindung­an diri, keluarga

-

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, menafikan meminta diletakkan di bawah skim perlindung­an saksi sebagaiman­a dilaporkan media.

“Sebaliknya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membuat laporan polis untuk memohon perlindung­an polis bagi dirinya dan keluarga kerana bimbang akan keselamata­n mereka selepas berakhirny­a Pilihan Raya Umum Ke-14,” kata jurucakap Najib dalam satu kenyataan semalam.

Nyawa keluarga terancam

Kenyataan dua perenggan itu merujuk laporan akhbar tempatan semalam yang memetik satu laporan polis yang dibuat Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang kelmarin, yang mendakwa nyawa beliau dan keluargany­a terancam.

Akhbar tempatan yang memetik laporan eksklusif Malay Mail itu menyatakan bahawa bekas perdana menteri itu memohon diletakkan di bawah program perlindung­an saksi berhubung siasatan skandal berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia