Berita Harian

MB Terengganu tunggu masa bertemu PM bincang royalti

-

Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu menunggu masa sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kaedah penyaluran royalti minyak dan gas kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata jaminan Dr Mahathir itu sangat dialu-alukan dan beliau menyifatka­n kenyataan itu sebagai sesuatu yang sangat positif dalam hubungan kerajaan negeri dan Persekutua­n.

“Saya mewakili rakyat Terengganu mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri atas jaminan berhubung penyaluran royalti minyak itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Bazar Ramadan Batu Enam di sini semalam.

Isu royalti minyak dan gas Terengganu terus menjadi perhatian ramai apabila Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PKR-14) baru-baru ini berjanji akan menyalurka­n royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar hasil bumi itu jika PH membentuk kerajaan.

Rakyat tetap terima manfaat royalti

Mengenai kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menegaskan rakyat Terengganu tetap menerima manfaat royalti itu, namun ia tidak diberi secara terus kepada kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini, Ahmad Samsuri berkata itu hanya pandangan peribadi beliau.

Ditanya mengenai kewajaran untuk meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula, Ahmad Samsuri berharap kerajaan Persekutua­n akan mempertimb­angkan secara lebih serius dengan mengambil kira impak positifnya terhadap ekonomi dan rakyat Terengganu.

“Bagi saya, projek ini wajar diteruskan kerana ia boleh menjana pertumbuha­n ekonomi negeri, terutama di kawasan yang akan terbabit sebagai hentian laluan kereta api ini.

“Saya berharap projek yang baik seperti ini akan diteruskan asalkan tidak memberi bebanan kepada negeri dan rakyat negeri,” katanya.

Saya mewakili rakyat Terengganu mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri atas jaminan berhubung penyaluran royalti minyak itu” Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia