Berita Harian

Projek lulus wajar dilaksana

-

Kuala Lumpur: PAS berterima kasih kepada pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n yang menyatakan kesediaan untuk meneruskan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak.

Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14) berjanji berbuat demikian jika membentuk kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kesediaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu memungkink­an bermulanya era baharu dalam budaya politik secara matang.

Katanya, ia juga akan meneruskan momentum menjadikan Malaysia negara demokrasi susulan peralihan kuasa secara aman selepas PRU- 14.

“Dengan kesediaan Dr Mahathir itu, PAS berharap amalan politik balas dendam seperti diamalkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) lalu tidak lagi diikuti.

“Sebagai parti yang beramal dengan sistem demokrasi dan menghormat­i konsep federalism­e, PAS berlapang dada walaupun pernah perit dihukum dengan penarikan bayaran royalti dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Peruntukan perkapita lain disalur tanpa sekatan

Tuan Ibrahim berkata, PAS juga menaruh harapan agar semua peruntukan perkapita lain yang layak diterima oleh negeri, disalurkan tanpa sebarang sekatan, seperti termaktub di dalam Perlembaga­an.

Katanya, begitu juga dengan projek sedang dilaksanak­an dan sudah diluluskan melalui Rancangan Malaysia Ke-11, haruslah diteruskan sehingga selesai, untuk faedah rakyat.

“Ini termasuk projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3); pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu dan Lebuhraya Jajaran Tengah (Central Spine Road) dan yang lebih utama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak harus dibatalkan tetapi dirunding semula kos dan perjanjian agar ia menepati piawaian kewangan yang sihat,” katanya.

Beliau berkata, amalan menghormat­i konsep demokrasi dan federalism­e amat penting bagi melicinkan pentadbira­n kerajaan negeri dipilih secara demokratik oleh rakyat.

“Pilihan rakyat harus dihormati. Oleh itu, penyaluran peruntukan harus mengikut sistem dan undang-undang sedia ada, iaitu terus kepada kerajaan negeri dan tidak lagi melalui pihak ketiga yang dibentuk khusus seperti Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n, atau pihak lain di luar pentadbira­n negeri,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS yakin jika semua berpegang kepada konsep federalism­e dan saling menghormat­i hak masing-masing sebagaiman­a yang diperuntuk­kan yang jelas kehilangan sebelum ini, Malaysia akan mampu terus membangun secara progresif dalam satu entiti tanpa ada mana-mana negeri yang ketinggala­n.

Pilihan rakyat harus dihormati. Oleh itu penyaluran peruntukan harus mengikut sistem dan undang-undang sedia ada, iaitu terus kepada kerajaan negeri dan tidak lagi melalui pihak ketiga yang dibentuk khusus seperti Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n, atau pihak lain di luar pentadbira­n negeri” Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia